khasiat buah lemba

Pernah dengar tentang buah lemba? Buah hutan ini mungkin jarang ditemui, tapi khasiat buah lemba sebenarnya cukup luar biasa terhadap deria rasa kita selepas ia dimakan.

Setelah makan buah lemba, bayangkan air kosong yang tawar boleh terasa manis seperti gula. Malah, minuman pahit seperti kopi juga boleh menjadi seakan-akan manis tanpa ditambah pemanis.

Buat pengetahuan anda, fenomena unik ini berlaku kerana buah lemba mengandungi sejenis protein semula jadi yang dinamakan curculin. Selain memberi pengalaman rasa yang pelik tapi menyeronokkan, buah lemba juga menyimpan pelbagai khasiat.

Baca juga: Ini Sebab Perlu Hati-Hati Makan Jeruk Mangga, Ada Ibu Gula Jadi ‘Racun’ Senyap Dalam Badan

KHASIAT BUAH LEMBA

khasiat buah lemba

1. Pengganti gula semula jadi.

Buah lemba istimewa kerana mengandungi protein curculin yang menukar rasa pahit atau tawar menjadi manis tanpa meningkatkan gula darah, menjadikannya pilihan semula jadi sesuai untuk pesakit diabetes.

2. Kaya dengan antioksidan.

Buah lemba kaya antioksidan yang membantu melawan radikal bebas, melambatkan penuaan sel dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

3. Baik untuk kesihatan mulut.

Rasa manis buah lemba membantu hilangkan pahit atau masam, memudahkan kita makan sayur dan buah kelat, sekali gus galakkan pemakanan seimbang serta baik untuk kesihatan mulut.

khasiat buah lemba

Kredit gambar: Threads makcik_google

4. Bantu pencernaan.

Secara tradisional, buah lemba digunakan untuk menyejukkan badan, melancarkan pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut.

5. Potensi dalam perubatan moden.

Kajian awal mendapati protein curculin dalam buah lemba berpotensi dijadikan pemanis semula jadi yang lebih selamat berbanding bahan kimia sintetik.

Jadi, tak hairanlah buah lemba semakin dikenali sebagai salah satu alternatif semula jadi yang berpotensi menggantikan gula, terutama bagi mereka yang ingin mengawal pengambilan manis dalam diet harian.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Threads makcik_google, Facebook Cikgu Bella Viral

Sumber: Abdullah Anuwar Abu Lubna

Baca juga: 10 Khasiat Lobak Putih Yang Tak Ramai Tahu, Sayur Murah Tapi Kaya Manfaat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN