beli buah di vietnam

Seronok melancong ke luar negara dan cuba buah tempatan di sana. Namun baru-baru ini, seorang wanita Malaysia berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika beli buah di Vietnam.

Kisahnya sempat dirakam dan dimuat naik ke TikTok melalui akaun ifanazirahnawi, sekali gus mencetuskan perbincangan ramai yang terkejut dengan cara peniaga tersebut berniaga.

Baca juga: Sedap Memang Sedap, Tapi Cara Simpan Budu Dalam Tong Hitam Buat Netizen Hilang Selera

WANITA BELI BUAH DI VIETNAM, TAPI KENA CAJ LEBIH

@ifanazirahnawiHati2 g Vietnam. Kaki kencing bersepah♬ original sound – Ifa nazirah nawi

Melihat perkongsian video di TikTok itu, difahamkan wanita itu hanya mahu beli 1kg buah saja. Tapi, peniaga itu tiba-tiba menambah buah lebih ke dalam bakul sambil berkata “free, free.”

Awalnya nampak seperti murah hati tapi sewaktu membayar, lain pula ceritanya. Peniaga itu meminta bayaran lebih dengan alasan timbang jadi lebih daripada 1kg.

Apabila wanita itu timbang semula buah itu sendiri, ternyata tak cukup 1kg sama sekali. Tambahan pula, penimbang tersebut dikira sekali dengan bakul kuning kosong yang digunakan.

Menyedari dirinya cuba dikenakan, wanita itu terus ambil keputusan untuk tak jadi beli buah tersebut. Beliau berebut minta balik duit sambil ulang banyak kali “don’t want, don’t want”.

Mujur akhirnya dapat semula wang tersebut walaupun suasana agak kecoh seketika.

ANTARA KOMEN NETIZEN, PUAS HATI DAPAT TENGOK KEBERANIAN ORANG MALAYSIA

“Baru dia tahu perempuan Malaysia macam mana.”

beli buah di vietnam

“Part timbang balik dan berebut duit memang rare.”

“Ajar dia.”

beli buah di vietnam

“Jangan main-main dengan wanita Malaysia.”

beli buah di vietnam

“Dah ambil duit lepas tu potong buah pulak.”

beli buah di vietnam

“Hebat akak ni.”

Daripada kisah ini, jelas kita kena berhati-hati apabila beli buah di luar negara. Pastikan timbang depan mata, semak betul-betul dan jangan mudah percaya apabila ada yang kata percuma.

Semoga bermanfaat!

Sumber: ifanazirahnawi

Baca juga: Ikan Bawal Di R&R Harga Kayangan, Wanita Ini Kena ‘Ketuk’ Sampai Sepinggan RM20

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN