tonton non stop on top

Kempen Tonton Non Stop, On Top! terus mencuri perhatian apabila lebih 16,000 peserta sudah menyertainya sejak dilancarkan. Kini, kempen Tonton Non Stop, On Top! memasuki pusingan terakhir sekali gus membuka peluang terakhir kepada pelanggan TontonUp untuk mengumpul mata dan membawa pulang hadiah utama berupa GAC Emkoo 1.5L Turbo.

Dengan hanya berbaki sehingga 9 Ogos 2026, persaingan dijangka semakin sengit apabila semua peserta kembali bermula pada kedudukan yang sama. Selain hadiah utama, pelbagai ganjaran menarik turut menanti mereka yang berjaya mengumpul mata tertinggi sepanjang Lap 4.

Baca juga: REV Media Group Raih 7 Anugerah di MDA d’Awards 2026, Kekalkan Kedudukan Sebagai Penerbit Digital No.1 Malaysia

TONTON NON STOP, ON TOP! MEMASUKI LAP 4, PERSAINGAN KINI LEBIH SENGIT

tonton non stop on top

Lap 4 yang berlangsung dari 27 Julai hingga 9 Ogos 2026 merupakan pusingan terakhir dalam kempen ganjaran terbesar yang pernah dianjurkan oleh Tonton. Walaupun tiga pusingan sebelum ini telah melahirkan ratusan pemenang, semua peserta kini kembali bermula dari garisan yang sama bagi menentukan siapakah yang bakal muncul sebagai pemenang utama.

Sepanjang pusingan ini, pelanggan TontonUp hanya perlu menstrim kandungan terpilih untuk mengumpul mata dan memperbaiki kedudukan dalam carta. Antara kandungan yang menjadi pilihan termasuk Nur, Melur Untuk Firdaus, Nora Elena, Love You Mr. Arrogant, Rindu Awak 200%, Setia Hujung Nyawa, Bahagia Bukan Bidaan, Cari Aku Di Syurga serta beberapa siri tempatan dan antarabangsa lain.

Untuk info lebih lanjut, klik SINI.

TURBOOST BERI PELUANG KUMPUL MATA BERGANDA

tonton non stop on top

Bagi meningkatkan peluang peserta, Tonton turut meneruskan ganjaran Turboost pada setiap hujung minggu sepanjang Lap 4. Kandungan terpilih yang distrim pada 1 hingga 2 Ogos serta 8 hingga 9 Ogos 2026 akan menawarkan mata berganda kepada pelanggan.

Antara kandungan yang menawarkan mata berganda ialah BLEACH: Thousand-Year Blood War, Anom, Akad Tak Dipinta, More Likes, More Danger, Victory, Ramen Akaneko, Love Unseen Beneath the Clear Night Sky dan beberapa lagi judul pilihan.

CARA SERTAI KEMPEN TONTON NON STOP, ON TOP! SEBELUM IA BERAKHIR

Mereka yang masih belum menyertai kempen masih mempunyai masa sehingga 9 Ogos 2026. Pelanggan hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama 3 bulan atau 12 bulan sebelum mula menonton kandungan yang mengambil bahagian dalam kempen.

Selain memperoleh mata melalui tontonan, pelanggan juga boleh meningkatkan kutipan mata dengan membeli Tonton Subscription Gift untuk keluarga atau rakan. Langganan hadiah selama tiga bulan memberikan 100 mata bonus, manakala langganan selama 12 bulan menawarkan 400 mata bonus tanpa had pembelian.

PELUANG TERAKHIR MENANG GAC EMKOO 1.5L TURBO

Kempen Tonton Non Stop, On Top! bakal melabuhkan tirainya pada 9 Ogos 2026, menjadikan Lap 4 sebagai peluang terakhir untuk semua peserta memburu hadiah utama. Mereka yang berjaya mengumpul mata tertinggi bukan sahaja berpeluang membawa pulang GAC Emkoo 1.5L Turbo, malah turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik lain yang disediakan sepanjang kempen.

Untuk info lebih lanjut, klik SINI.

Sumber: WOWTix

Baca juga: Media Prima Lancar ‘Ruang Rehat’, Ubah Persepsi Orang Ramai Bahawa Berehat Itu Bukan Tanda Lemah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN