tauhu kuning

Tauhu yang digoreng rangup dan dimakan pula dengan sambal kicap, memang sedap tak ingat. Sekali-sekali, boleh cuba kelainan dengan membuat Tauhu Kuning Goreng Masin pula di rumah.

Tauhu Kuning Goreng Masin mempunyai tekstur rangup di luar, tapi lembut di dalam. Biasanya, ia dimakan begitu saja atau dimakan bersama cili potong, cili padi atau sambal kicap.

Musyahadah Oo telah kongsikan cara buat Tauhu Kuning Goreng Masin di Facebook yang hasilnya kelihatan rangup keemasan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Simpan Tauhu Tahan Lama & Tak Cepat Masam, Segar Macam Baru Beli!

RESIPI TAUHU KUNING GORENG MASIN

tauhu kuning

Bahan-bahan:

  • 20 biji tauhu kuning
  • Bawang putih
  • Biji ketumbar
  • Kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto (pilihan)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, cuci tauhu dengan bersih, boleh potong kecil atau biarkan saja sebiji-sebiji.

2. Selepas itu, masukkan tauhu ke dalam kuali atau periuk, tambahkan air paras tauhu.

3. Kemudian, tumbuk bawang putih, biji ketimbar, garam, kunyit dan ajinomoto sampai lumat.

4. Seterusnya, masukkan ke dalam air rebusan tadi.

5. Rebus selama 10 hingga 15 minit, tutup api dan biarkan ia sejuk atau suam terlebih dahulu.

6. Setelah itu, toskan dan goreng sampai kekuningan dan rangup.

7. Akhir sekali, hidangkan panas-panas dengan cili segar atau sambal kicap.

Tips tambahan:

  • Jika tak habis goreng, boleh simpan tauhu bersama air rebusan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti sejuk supaya tahan sampai 2 minggu lebih.

Selamat mencuba!

Sumber: Musyahadah Oo

Baca juga: Resepi Tauhu Sumbat Dengan Rasa Meriah, Makan Sekali Mesti ‘Repeat’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN