
Kalau sebut tentang vitamin C, mesti ramai yang tahu ia penting untuk badan kita. Cara paling senang nak dapat khasiat ini adalah dengan makan buah tinggi vitamin C. Bukan saja bagus untuk kuatkan imun, malah buat badan rasa lebih bertenaga dan segar.
Selain itu, vitamin C juga elok untuk kulit. Ia membantu hasilkan kolagen, menjadikan kulit nampak lebih sihat, cerah dan berseri. Sebab itu kalau amalkan buah yang kaya vitamin C, bukan kesihatan dalaman saja terjaga, kulit pun nampak lebih berseri.
Banyak buah yang mudah kita jumpa dekat pasar atau kedai runcit sebenarnya tinggi vitamin C. Jadi, tak payah susah pun nak cari. Jom tengok buah apa yang boleh kita makan selalu untuk kekal sihat setiap hari.
Baca juga: Tip Elak Terbeli Buah Oren Masam, Ini Cara Pilih Yang Betul-Betul Manis!
SENARAI BUAH TINGGI VITAMIN C UNTUK TINGKATKAN IMUN BADAN

1. Oren
Buah paling popular dengan vitamin C. Selain dimakan begitu sahaja, jus oren segar juga sedap diminum dan membantu tingkatkan imun badan.
2. Kiwi
Buah kecil hijau ini kaya dengan vitamin C, malah kandungannya lebih banyak berbanding oren. Ia juga mengandungi serat yang bagus untuk pencernaan.
3. Strawberi
Selain tinggi vitamin C, strawberi juga penuh dengan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas serta menjaga kesihatan jantung.
4. Betik
Buah betik mempunyai sumber vitamin C yang murah dan mudah didapati. Buah betik juga mengandungi enzim papain yang bagus untuk sistem pencernaan.
5. Jambu Batu
Jambu batu antara buah tempatan yang sangat tinggi kandungan vitamin C. Makan sebiji jambu batu sudah cukup untuk memenuhi keperluan vitamin C harian anda.
6. Nanas
Selain vitamin C, nanas juga mengandungi enzim bromelain yang membantu mengurangkan keradangan dan melancarkan pencernaan.
7. Blueberry
Walaupun kecil, blueberry kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang membantu melambatkan penuaan kulit.
Sumber: FMT
Baca juga: Cara Pilih Buah Manggis Manis & Banyak Isi, Confirm Tak Menyesal Ikut Tip Ini!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














