paprik sotong

Kalau dah selalu masak paprik ayam atau daging, apa kata kali ini cuba buat paprik sotong pula. Sekali sekala tukar selera apa salahnya.

Resepi paprik sotong ini juga mudah disediakan kerana bahan-bahannya ringkas dan senang didapati. Cukup sedap makan dengan nasi panas.

Baca juga: Resipi Sambal Ikan Tenggiri Pedas & Pekat, Lauk Simple Tapi Buat Nasi Bertambah-Tambah

RESEPI PAPRIK SOTONG

paprik sotong

Bahan-bahan:

  • 500 g sotong (dibersihkan)
  • 3 biji cili merah
  • 8 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 sudu besar sos cili
  • Sedikit kicap manis
  • ½ ketul pati ayam
  • Sedikit garam & gula
  • 1 batang lobak merah (hiris serong)
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • Beberapa biji cili padi (belah dua)
  • Daun limau purut
  • Daun bawang

Cara memasak:

  1. Tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk bersama serai hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa, sos cili, kicap manis dan sotong. Gaul rata.
  4. Masukkan pati ayam, garam dan gula. Biarkan kuah sedikit pekat.
  5. Tambah lobak merah, masak separuh masak supaya masih rangup.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili padi, daun bawang dan daun limau purut.
  7. Kacau sebentar dan angkat.

Sumber: Siti Fatimah

Baca juga: Resipi Rendang Ayam Minang, Kuah Yang Berempah Wangi Buat Lagi Berselera Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN