rendang ayam minang

Kalau sebut pasal rendang, pasti ramai terbayang rendang daging. Tapi sebenarnya rendang ayam minang pun tak kurang sedapnya.

Resipi tradisi dari Minangkabau ini memang terkenal dengan rasa rempah yang wangi, kuah pekat berminyak dan rasa pedas yang seimbang.

Siapa yang teringin nak cuba masak sendiri di rumah, boleh lihat resipi penuh yang telah dikongsikan oleh Puan Nor Zuraida di bawah.

Baca juga: Cara Masak Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, Kegemaran Satu Keluarga!

RESEPI RENDANG AYAM MINANG

rendang ayam minang

Bahan-bahan utama:

  • 500 g ayam (dipotong sederhana)
  • 3 sudu makan kerisik
  • 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 2 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 500 ml santan

Bahan kisar:

  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 2.5 cm halia
  • 2.5 cm lengkuas
  • 2.5 cm kunyit hidup
  • 15 batang cili kering (direndam & dibuang biji)
  • 10 biji cili padi

Cara memasak:

  1. Mula-mula, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan wangi.
  2. Selepas itu, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan manis dan serbuk ketumbar. Kacau rata supaya rempah sebati dengan tumisan.
  3. Apabila sudah harum, masukkan potongan ayam dan gaul rata sehingga ayam separuh masak.
  4. Kemudian tuangkan santan, kacau perlahan supaya santan tidak pecah minyak terlalu cepat.
    Seterusnya, masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit. Gaul sebati dan perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Akhir sekali, biarkan rendang mereneh atas api kecil sehingga kuah menjadi pekat, berminyak dan ayam empuk.

Info: Boleh juga tambah kentang dalam resipi ini supaya lebih mengenyangkan dan ada rasa manis semula jadi daripada ubi.

Sumber: Nor Zuraida

Baca juga: Rupanya Nangka Muda Boleh Dibuat ‘Rendang’, Rasanya Sangat Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN