resepi talam ubi kanda

Sekali-sekali, pasti ramai rindu nak merasa kuih tradisional warna-warni dan manis seperti resepi Talam Ubi Kanda ini. Bukan saja sedap, malah apabila makan pasti rasa nostalgia.

Talam Ubi Kanda merupakan kuih berlapis merah, kuning dan hijau yang dibuat menggunakan ubi. Oleh kerana rupanya sedemikian, ada yang memanggilnya kuih traffic light (lampu isyarat).

Walaupun nampak rumit sebab berlapis-lapis, sebenarnya resepi Talam Ubi Kanda sangat mudah dibuat. Ikut saja cara oleh Norhayati Supa’at di Facebook ini, pasti hasilnya menjadi.

Baca juga: Kuih Talam Gula Merah Versi Mini Cukup Lemak Manis, Sekali Kukus Dapat 50 Biji!

RESEPI TALAM UBI KANDA

resepi talam ubi kanda

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masak gula bersama 5 cawan air. Jika tidak cukup, boleh tambah air ikut kecairan ubi.

2. Selepas itu, satukan air gula dengan ubi dan gaul sampai sebati.

3. Kemudian, bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

4. Seterusnya, warnakan setiap bahagian dengan hijau, kuning, dan merah.

5. Setelah itu, panaskan pengukus sampai air betul-betul mendidih.

6. Kemudian, sapu loyang dengan sedikit minyak supaya tak melekat.

7. Kukus adunan selapis demi selapis: mula dengan hijau, kemudian kuning dan akhir sekali merah.

8. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 45 minit sampai masak sepenuhnya. Siap untuk dinikmati!

Talam Ubi Kanda sesuai untuk jamuan, potluck atau minum petang di rumah. Apabila letak atas meja, pasti akan jadi tumpuan kerana warnanya yang ceria dan teksturnya lembut.

Selamat mencuba!

Sumber: Norhayati Supa’at

Baca juga: Talam Ubi Kanda Mudah Dengan 5 Bahan, Bila Makan Terasa Disayangi Adinda!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN