
Siapa suka kek simple tapi gebu dan lembap, wajib cuba Kek Minyak Pelangi ini. Bahan-bahan pun mudah sangat, tak perlu guna mixer mahal pun boleh jadi.
Yang paling menarik, anak-anak pun dijamin akan suka sebab ada warna-warni pelangi yang menarik hati.
Baca juga: Rahsia Buat Kek Pandan Marble Yang Wangi Dan Gebu, Senang Sangat Nak Buat!
RESEPI KEK MINYAK PELANGI

Bahan-bahan:
- ½ cawan (125g) gula kastor
- 5 biji telur
- 1 sudu besar ovalette
- 1 cawan (250g) susu pekat manis
- 1 cawan minyak masa
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- Sedikit esen vanilla
- Pewarna makanan (ikut berapa banyak warna yang anda suka)
Cara-cara:
- Putar telur, gula kastor dan ovalette hingga kembang.
- Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Putar lagi hingga sebati.
- Tuangkan minyak dan putar hingga rata.
- Ayak tepung gandum bersama baking powder. Masukkan ke dalam adunan, putar hingga halus, gebu dan kembang.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian letakkan pewarna pilihan.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega, lapiskan satu persatu mengikut warna yang anda suka.
- Bakar dalam oven (api atas dan bawah) pada suhu 160°C selama 50 minit.
- Setelah masak, segera terbalikkan loyang di atas redai. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
Tip tambahan:
- Untuk lebih gebu, pastikan adunan diputar sehingga betul-betul kembang.
- Jangan terlebih kacau selepas masukkan tepung supaya kek tidak bantat.
- Boleh guna 3 hingga 7 warna, ikut kreativiti. Lagi banyak warna, lagi cantik hasilnya!
Sumber: Cik Tee Tieram
Baca juga: Resipi Kek Batik Simple Cara Orang Lama, Guna 5 Bahan Saja Tapi Sedapnya Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














