
Telur sudah menjadi pelengkap hidangan nasi lemak sejak dulu lagi. Walaupun nampak ringkas, tapi setiap cara masak telur untuk nasi lemak memberi rasa berbeza pada hidangan.
Kali ini, kami kongsikan beberapa cara masak telur buat nasi lemak yang anda boleh jadikan sebagai pilihan untuk berniaga atau masak di rumah nanti. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Lauk Paling ‘Ngam’ Dengan Nasi Lemak, 10 Senarai Ini Confirm Makan Bertambah Nasi!
CARA MASAK TELUR UNTUK NASI LEMAK
1. TELUR REBUS.

Kredit gambar: Facebook Norul Haisyu
Bahan-bahan:
- Telur ayam secukupnya
- Air secukupnya
- Sedikit garam
Cara-cara:
- Didihkan air dalam periuk.
- Masukkan telur dan sedikit garam.
- Rebus 7 hingga 8 minit untuk masak penuh atau 5 hingga 6 minit untuk separuh masak.
- Toskan, rendam dalam air sejuk dan kupas kulit.
2. TELUR DADAR.

Kredit gambar: Facebook Nor Farah Atika
Bahan-bahan:
- 2 biji telur
- Sedikit garam
- Sedikit lada sulah (pilihan)
- Hirisan bawang, daun kucai atau cili (pilihan)
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Pecahkan telur dalam mangkuk.
- Masukkan garam, lada sulah dan bahan tambahan jika suka.
- Pukul sampai sebati.
- Panaskan minyak, tuang adunan dan goreng sampai keemasan.
3. TELUR MATA.

Kredit gambar: jannoon028 dari Freepik
Bahan-bahan:
- Telur ayam
- Minyak masak secukupnya
Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Pecahkan telur perlahan-lahan supaya kuning tidak pecah.
- Masak dengan api sederhana sampai putih telur masak tapi kuning masih cair.
4. TELUR PUYUH.

Kredit gambar: Facebook Che Yuzaimi Azreen
Bahan-bahan:
- Telur puyuh secukupnya
- Air untuk merebus
- Sedikit garam
Cara-cara:
- Rebus telur puyuh 4 hingga 5 minit.
- Toskan dan rendam dalam air sejuk.
- Kupas kulit dan sedia dihidang.
- Boleh juga goreng selepas rebus untuk rasa lebih sedap.
5. TELUR MASAK SAMBAL.

Bahan-bahan:
- 4 biji telur rebus
- 3 sudu besar sambal tumis (sambal nasi lemak)
- 2 sudu minyak
Cara-cara:
- Goreng telur rebus hingga sedikit garing.
- Panaskan minyak dan masukkan sambal tumis.
- Gaul telur dalam sambal hingga bersalut rata.

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan nasi lemak terbaik di sekitar Lembah Klang. Pilihan rakyat, bukan pengkritik.
Calonkan dan undi nasi lemak kegemaran anda di www.myresipi.com/makansinibest dan saksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara nasi lemak pilihan rakyat.
Jangan lupa juga untuk hadir ke acara kemuncak pada 9 October 2025 dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif!
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Makan Sini Best: Calonkan Nasi Lemak Kegemaran Anda & Menangi Hadiah Eksklusif!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














