
Pernah tak masa nak hidang ulam ulaman yang dicelur, warnanya dah berubah jadi pucat atau nampak lebam? Memang kurang selera nak makan dibuatnya.
Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan ulam yang telah dicelur kekal cantik, segar dan menyelerakan walaupun selepas dimasak.
Baca juga: Nasi Selalu Cepat Basi? Guna 8 Tip Ini Waktu Masak, Boleh Tahan Lama Sampai Esok!
TIP SUPAYA ULAM ULAMAN TAK LEBAM SELEPAS DICELUR

Berikut merupakan cara-caranya:
- Sediakan air untuk mencelur dan masukkan setengah sudu teh garam.
- Celur ulam seperti biasa sehingga masak mengikut jenisnya. Jangan terlalu lama supaya tekstur kekal rangup.
- Tos air sebaik sahaja ulam masak untuk menghentikan proses memasak.
- Segera masukkan ulam ke dalam mangkuk berisi air sejuk bersama ais bagi mengekalkan kesegaran dan warna.
- Biarkan seketika, kemudian toskan sebelum dihidangkan bersama lauk atau sambal kegemaran pilihan masing-masing.
Garam yang dimasukkan ke dalam air rebusan ini membantu mengekalkan warna semula jadi ulam supaya tidak cepat lebam.
Kaedah ini bukan sahaja menghentikan proses memasak, malah membantu mengekalkan tekstur ulam supaya lebih rangup.
Dengan cara ini, ulam celur anda akan kekal segar, cantik dan menyelerakan bila tiba waktu makan.
Sumber petua dan gambar: Nik Aini
Baca juga: Mata Blender Tumpul? Cuba Petua Mudah Ini, Hasilnya Tajam Macam Baru!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














