cara hilangkan kerak kuali

Apabila lihat belakang kuali yang hitam legam dan berkerak, memang boleh buat hilang mood nak masak. Jangan risau, kami ada cara hilangkan kerak kuali dengan berkesan.

Ramai sebenarnya yang simpan kuali lama kerana hasil masakan jadi lebih sedap. Tapi, masalah kerak yang tebal membuatkan orang yang tak biasa guna rasa ragu-ragu nak pakai.

Kali ini, kami kongsikan satu cara daripada Siti Raehah Sahal di Facebook dengan langkah demi langkah untuk make over kuali kesayangannya. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: 5 Tips Goreng Ayam Tak Melekat Pada Kuali, Rupanya Ada Petua Kena Ikut

CARA HILANGKAN KERAK KUALI

1. Mula-mula, sapukan pencuci seperti jenama Cif ke seluruh bahagian belakang kuali dengan rata, kemudian biarkan seketika.

cara hilangkan kerak kuali

2. Selepas itu, sental bahagian belakang kuali dengan menggunakan dawai gosok periuk atau berus sental khas.

cara hilangkan kerak kuali

3. Jika ada kerak yang degil, boleh kikis perlahan-lahan dengan pisau.

4. Seterusnya, ulang sapuan pencuci jenama Cif dan campurkan dengan sabun buku atau sabun cap kapak (sabun jenis ini memang berkesan untuk hilangkan minyak dan kerak lama).

5. Apabila sudah puas hati dengan hasilnya, bilas kuali seperti biasa dan lap sampai kering. Siap untuk digunakan!

Tips Tambahan:

  • Gunakan sarung tangan supaya kulit tangan tak pedih.
  • Lakukan di luar rumah atau kawasan mudah cuci kerana air akan kotor.
  • Jika rajin, boleh buat sesi deep clean sebulan sekali untuk jaga rupa kuali.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Siti Raehah Sahal

Baca juga: Cara Cuci Kuali Non-Stick Supaya Tak Cepat Rosak, Hasilnya Lebih Tahan Lama!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN