pulut nangka

Pulut nangka ialah pencuci mulut tradisional yang menggabungkan pulut lembut dengan kuah lemak manis berasaskan isi nangka. Rasanya harum, manis dan kaya dengan aroma santan.

Resipi ini mudah disediakan dengan bahan yang ringkas. Sesuai dihidangkan untuk minum petang atau sebagai pencuci mulut selepas makan.

Kalau anda peminat buah nangka, hidangan ini memang patut dicuba. Jom lihat resipi penuh di bawah untuk ketahui bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Baca juga: Resipi Serawa Durian Pekat Berlemak, Makan Dengan Pulut Memang Layan Habis!

CARA BUAT PULUT NANGKA

pulut nangka

Bahan-bahan:

  • Beras pulut 500g atau 1kg (ikut keperluan)
  • Isi nangka 4-5 ulas (dipotong kecil)
  • Santan anggaran 500ml (1/2 kilo)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secubit
  • Daun pandan 1 helai

Cara-cara:

  1. Cuci bersih beras pulut dan kukus sehingga masak, lebih kurang 30-40 minit.
  2. Kisar isi nangka hingga halus supaya mudah sebati dalam kuah.
  3. Masukkan isi nangka yang telah diblender ke dalam periuk bersama santan, gula, garam dan daun pandan. Masak dengan api sederhana sambil dikacau supaya santan tidak pecah.
  4. Masak selama kira-kira 5 minit sehingga kuah menjadi pekat dan rasa gula serta garam sudah cukup.
  5. Buang biji nangka yang besar supaya tidak mengganggu tekstur.
  6. Masukkan pulut yang telah dikukus ke dalam kuah nangka, gaul rata supaya pulut tersalut kuah dengan baik.
  7. Hidangkan pulut bersama kuah nangka selagi hangat atau sejuk ikut citarasa.

Sumber: Sue Zahirah

Baca juga: Cara Masak Pulut Tanpa Kukus Tapi Hasil Tak Melekat, Masak Sekata & Tak Berkerak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN