masak pulut

Siapa kata nak makan pulut kena ada pengukus? Kadang-kadang kita teringin nak makan pulut durian tapi malas nak keluarkan banyak periuk atau cuma nak buat dalam kuantiti kecil. Kalau kukus pun kadang-kadang tak menjadi. Pulut keras, melekat atau masak tak sekata.

Sebenarnya, ada cara lebih mudah dan cepat untuk masak pulut iaitu dengan guna periuk biasa atas dapur gas sahaja! Tak perlu kukus dan tak perlu banyak langkah. Hasilnya tetap lembut, wangi dan paling penting tak berkerak!

Teknik ini sangat sesuai untuk orang bujang, mak-mak sibuk atau sesiapa saja yang nak jimat masa tapi tetap nak makan sedap. Dengan hanya beberapa bahan asas, cara ini confirm jadi walaupun guna cara paling ringkas.

Baca juga: Kuih Pulut Sekaya ‘Lejen’, Resipi Orang Lama Ini Ada Petua Bagi Berlemak Elok

CARA MASAK PULUT TANPA KUKUS

masak pulut

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras pulut (boleh gandakan mengikut sukatan yang diingini)
  • Air secukupnya (sekadar tenggelamkan beras pulut)
  • Sedikit garam (jika suka)
  • Daun pandan (untuk wangi)

Langkah-langkah:

  1. Rendam beras pulut lebih kurang 20-30 minit.
  2. Bilas bersih-bersih selepas direndam. Toskan air rendaman.
  3. Masukkan beras pulut ke dalam periuk biasa. Tambahkan air sekadar tenggelamkan pulut.
  4. Kalau suka, boleh letakkan sedikit garam dan sehelai daun pandan untuk aroma.
  5. Masak atas api perlahan, kacau sekali-sekala untuk elakkan dasar hangus.
  6. Bila air dah hampir kering, kacau perlahan-lahan dan tutup periuk seketika biar wap masakkan pulut sepenuhnya.
  7. Siap! Pulut akan masak sekata, lembut dan tak berkerak langsung.

Sumber: Siti Norbaizura

Baca juga: Cara Masak Pulut Kuning Tanpa Kukus, Lebih Mudah Guna Periuk Nasi Je!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN