sup ayam tomato

Kalau selalu masak sup ayam biasa, kali ini boleh cuba resipi sup ayam tomato pula. Rasanya lebih umami dan lain dari lain.

Tomato bukan saja beri rasa masam manis yang seimbang, tapi juga jadikan kuah lebih segar. Bila hirup sup panas-panas, memang terasa sedapnya sampai licin semangkuk.

Kalau tengah cari idea masak sesuatu yang ringan, berkhasiat tapi tetap menyelerakan, cubalah sup ayam tomato ini.

Baca juga: Sup Daging Thai Ala Kedai Tomyam, Resipi Kaw & Padu Ini Wajib Cuba Di Rumah!

RESIPI SUP AYAM TOMATO

sup ayam tomato

Bahan-bahan tumis:

  • 1 biji bawang merah saiz kecil (hiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • Akar daun sup
  • 1 sekawan
  • 1 biji tomato

Bahan-bahan:

  • 7-8 ketul ayam
  • 3 mangkuk air
  • Lobak merah
  • Kentang (jika suka)
  • 1 biji tomato
  • 4-5 sudu besar jus limau
  • Daun sup
  • Cili api
  • Secukup rasa

Cara memasak:

  1. Tumis bahan-bahan tumis iaitu bawang merah, bawang putih, halia, akar daun sup, 1 sekawan dan tomato sampai naik bau dan layu.
  2. Kemudian, masukkan ayam dan gaul sebati dengan bahan tumis tadi.
  3. Tuangkan air dalam 3 mangkuk air atau mengikut kuantiti yang diinginkan. 1 mangkuk air untuk 1 orang makan.
  4. Seterusnya, masukkan lobak merah. Letak juga ubi kentang jika suka.
  5. Apabila sup sudah mendidih, masukkan lagi 1 biji tomato.
  6. Sekarang, masukkan pula jus limau. Jika tiada, boleh perahkan limau kasturi atau limau nipis.
  7. Masukkan juga daun sup dan cili api kalau suka pedas.
  8. Biarkan menggelegak selama 10 minit.
  9. Bila ayam sudah empuk, masukkan serbuk perasa. Boleh juga gantikan dengan garam, mushroom seasoning atau perasa lain yang disukai.
  10. Sup ayam tomato sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Sup Sayur Tauhu Telur Simple, Sesuai Untuk Yang Nak Diet Tapi Suka Makan Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN