cara menyimpan cili kisar

Jika anda suka masak lauk sambal, gulai, kari atau masakan yang pedas-pedas, stok cili kisar di dapur memang wajib ada. Oleh itu, wajib tahu cara menyimpan cili kisar supaya tahan lama.

Masalah yang sering berlaku adalah selepas beberapa hari atau seminggu, cili kisar mula berkulat atau berbau masam. Jadi, memang rugi jika satu bekas besar rosak seperti itu saja.

Kali ini, kami kongsikan cara menyimpan cili kisar yang sangat praktikal dan ramai mak-mak sudah mula amalkan. Bukan saja tahan lebih sebulan, tapi menjimatkan masa memasak.

Baca juga: Cara Simpan Bahan Kisar Supaya Tahan Lebih Lama, Senang Nak Guna Nanti

CARA MENYIMPAN CILI KISAR

1. Sediakan dan kisar cili.

cara menyimpan cili kisar

  • Ambil cili kering, buang bijinya supaya kurang pedas dan senang hadam.
  • Rebus cili dalam air mendidih hingga lembut dan betul-betul masak.
  • Kisar cili tadi bersama bawang merah dan bawang putih.
  • Nak lagi tahan lama, boleh tambah sedikit garam atau minyak semasa kisar.

2. Masuk dalam bekas kecil.

cara menyimpan cili kisar

  • Selepas kisar, terus masukkan cili kisar ke dalam bekas kecil bertutup seperti bekas dadih, bekas plastik mini atau guna tray ais kiub.
  • Jangan isi penuh-penuh, tinggal sedikit ruang atas sebab ia akan mengembang apabila beku.

3. Simpan dalam freezer

  • Tutup rapat setiap bekas, kemudian susun dalam freezer.
  • Biarkan beku sepenuhnya (sebaiknya semalaman atau 6 hingga 8 jam).

4. Susun semula dalam tupperware besar (pilihan)

  • Apabila semua bekas cili kisar dah beku, keluarkan dan susun dalam satu tupperware besar untuk lebih kemas dan jimat ruang.
  • Labelkan tarikh simpan jika perlu supaya tahu mana yang patut digunakan dulu.

5. Guna terus apabila nak masak

  • Nak guna, ambil satu bekas, terus masukkan ke dalam kuali dan tumis atas api perlahan.
  • Tak perlu tunggu cair, biar ia cair sendiri semasa dimasak.

Dengan cara menyimpan cili kisar ini, anda boleh jimatkan masa, dapur lebih kemas dan tak perlu ulang kisar setiap kali nak masak di rumah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Sue Azhar

Baca juga: Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Berbulan-Bulan, Kulat Putih Pun Tak Berani Naik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN