cara memasak telur dadar

Tak perlu resipi yang susah-susah atau masakan yang viral untuk belajar masak. Cukup dengan cara memasak telur dadar ini, anda dapat hasilkan lauk yang sedap untuk keluarga tersayang.

Pembantu rumah sering jadi tangan kanan di dapur, namun tiada masalah jika majikan meluangkan masa sebentar untuk belajar masak daripada mereka.

Baru-baru ini, Hajar Mohd telah kongsikan cara memasak telur dadar di Facebook yang dipelajari daripada pembantu rumahnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Jenis-Jenis Telur Ayam Popular Di Malaysia, Yang ‘Last’ Tu Selalu Pakai Buat Masak!

CARA MEMASAK TELUR DADAR

cara memasak telur dadar

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur ayam
  • ½ biji bawang besar (dihiris nipis)
  • Beberapa biji cili padi (dihiris halus, ikut tahap kepedasan yang disukai)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak (lebihkan sedikit untuk dapatkan tekstur telur yang rangup di luar)

Cara-cara memasak:

1. Pecahkan telur dalam mangkuk besar. Tak perlu pukul awal-awal sebab kita nak masuk bahan tumis dulu.

2. Tumis bawang dan cili padi. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan cili padi hiris sampai naik bau wangi dan bawang bertukar warna keemasan.

*Tips daripada bibik: gunakan api sederhana supaya bawang betul-betul garing tapi tak hangit.

3. Tuang bahan tumis ke dalam mangkuk telur. Masukkan sekali garam dan sedikit serbuk perasa kalau suka. Waktu ini, baru kacau semua bahan itu sampai sebati.

4. Panaskan semula kuali dengan minyak yang agak banyak. Tuang adunan telur ke dalam kuali. Gunakan api perlahan untuk elakkan telur hangit. Biarkan ia masak perlahan-lahan supaya bahagian luar jadi rangup tapi dalam kekal lembut.

5. Apabila bahagian bawah sudah keemasan dan padat, terbalikkan telur perlahan-lahan. Boleh guna penutup periuk atau dua spatula jika nak mudah. Masak lagi beberapa minit. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber: Hajar Mohd

Baca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Siam, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN