telur dadar siam

Jika pernah makan di kedai makan Siam, pasti tertanya-tanya bagaimana mereka buat telur dadar Siam rangup di luar dan lembut di dalam. Sebenarnya, ada teknik untuk membuatnya.

Ramai yang menyukai telur dadar di kedai Siam kerana teksturnya rangup di bahagian tepi, tetapi masih lembut dan gebu di tengah. Selain itu, ia sedap dan tak berminyak sangat.

Siti Asfariza Kaslain telah kongsikan di Facebook tentang hasil telur dadar yang dibuat olehnya. Paling mengejutkan, hasilnya rangup sama seperti yang dibuat di kedai Siam. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Telur Tak Pecah Dalam Kuah Masak Lemak, Bulat Gebu Kejadiannya!

CARA BUAT TELUR DADAR SIAM

telur dadar siam

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, gaulkan telur, cuka, sos ikan, garam, serbuk perasa dan tepung jagung sampai sebati.

2. Selepas itu, pastikan minyak betul-betul panas. Jika boleh, guna kuali yang dalam sedikit supaya minyak tenggelamkan telur dan hasilkan tepi yang rangup.

3. Semasa goreng, angkat mangkuk bancuhan telur dan tuang dari jarak lebih tinggi sedikit dari kuali supaya telur kembang dan buat gelembung kecil yang jadikan bahagian tepinya garing.

Sebenarnya, gabungan cuka dan sos ikan itu membuatkan rasa telur dadar ini luar biasa sama seperti yang selalu kita dapat apabila makan di kedai Siam.

Jika anda suka makan telur dadar dengan nasi putih panas, sambal belacan atau tomyam, resipi ini memang pilihan tepat untuk anda cuba di rumah nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Asfariza Kaslain

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Telur Dadar Tembam, Kembang Molek Kejadiannya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN