lengat pisang kukus

Sebut pasal kuih orang lama, mesti ramai teringat Lengat Pisang Kukus. Kuih simple saja sebenarnya tapi apabila sudah masak, baunya wangi semerbak dan rasanya pun lemak manis.

Jika anda teringin makan pencuci mulut tapi tak nak renyah, boleh buat resipi Lengat Pisang Kukus yang dikongsikan oleh Eita Fazita di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Cekodok Pisang Sedap, Ini Cara Nak Buat Bagi Rangup Dan Garing Elok

RESIPI LENGAT PISANG KUKUS

lengat pisang kukus

Bahan-bahan:

  • Pisang masak (seikat)
  • Santan kotak kecil
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 5 sudu tepung beras
  • 1 sudu tepung gandum
  • Gula secukup rasa
  • Daun pisang (Jika tiada, boleh guna loyang biasa)

Cara-cara membuat:

1. Satukan santan, air, garam, tepung gandum dan tepung beras dalam satu bekas. Kacau rata sampai semua bahan larut sepenuhnya tanpa berketul. Pastikan adunan tak terlalu pekat atau cair, cukup sekadar likat sederhana.

2. Kupas dan potong pisang secara serong atau melintang ikut suka. Lapik loyang atau acuan dengan daun pisang, kemudian susun hirisan pisang di atasnya dengan kemas.

3. Tuangkan campuran santan tadi ke atas susunan pisang. Taburkan gula secukup rasa di atasnya. Tak perlu banyak sangat kerana pisang sendiri sudah manis secara semula jadi.

4. Panaskan pengukus dan kukus lengat pisang selama 20 hingga 25 minit dengan api sederhana. Apabila adunan sudah mengeras dan pisang kelihatan lembut serta masak sempurna, bolehlah diangkat.

Selalunya orang buat kuih ini pada waktu petang sambil minum dengan kopi O panas. Paling penting, kena ada pisang yang betul-betul masak ranum, baru rasanya padu.

Selamat mencuba!

Sumber: Eita Fazita

Baca juga: Bukan Sekadar Aroma, Ini Kebaikan Daun Pisang Untuk Bungkus Makanan Yang Tak Ramai Tahu

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN