
Jika ada lebihan isi durian, cubalah buat kuih yang cukup popular dan digemari ramai iaitu resepi Bingka Durian. Caranya cukup mudah, cuma kisar dengan blender dan bakar saja.
Bingka Durian ialah sejenis kuih tradisional yang berasaskan isi durian dan sangat popular di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Teksturnya padat dan lembut di dalam bersama permukaan luar yang sedikit garing selepas dibakar.
Resipi Bingka Durian ini dikongsikan oleh Fauziah Yahya di Facebook, dan telah menarik perhatian ramai kerana cara penyediaannya yang sangat mudah. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Simpan Durian Dalam Peti Sejuk, Dah Setahun Pun Sedapnya Tak Hilang
RESEPI BINGKA DURIAN

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula pasir
- 1½ cawan isi durian
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan susu cair
- 1 cawan air
- 3 biji telur (gred B)
- 2 sudu besar marjerin
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil pewarna kuning (pilihan)
Cara-cara membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sampai adunan betul-betul halus serta sebati.
2. Sapu sedikit marjerin pada loyang bagi mengelakkan kuih melekat.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disediakan.
4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200°C menggunakan api atas dan bawah selama 1 jam atau sampai permukaan keemasan dan masak sepenuhnya.
5. Setelah masak, biarkan bingka sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Kuih akan lebih mudah dipotong apabila sejuk dan teksturnya lebih mantap. Siap untuk dinikmati!
Dengan resepi Bingka Durian yang ringkas ini, anda dapat hidangkan sebagai sajian minum petang atau sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari yang sedap dan memikat selera.
Selamat mencuba!
Sumber: Fauziah Yahya
Baca juga: Bingka Durian, Cukup Rasa Lemak Manis Dengan 3 Langkah Saja
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














