
Dalam memasak, penggunaan cili kering memang penting untuk hasilkan sambal yang sedap dan menyengat. Tapi kadang-kadang, cili kering boleh jadi terlalu pedas sampai ‘menyinga’ walaupun kita dah buang biji dan rebus lama.
Inilah dilema yang dialami oleh seorang pengguna Facebook yang bertanya dalam grup Masak Apa Hari Ini (MAHN). Soalannya berbunyi:
“Mohon petua kurangkan pedas cili kering. Dah buang bijinya dan rebus lama masih mnyinga pedasnya…”
Soalan ini menerima pelbagai respon daripada ahli grup yang berpengalaman dan rajin berkongsi petua dapur. Ramai yang berkongsi cara masing-masing untuk kurangkan pedas cili kering supaya masakan tetap enak tanpa menyengat lidah.
Baca juga: Mata Pedih Terkena Cili? Cuba Petua Mudah Ini, Dijamin Terus Rasa Lega!
PETUA KURANGKAN PEDAS CILI KERING

Di bawah ini adalah antara jawapan dan petua yang paling banyak disarankan oleh mereka. Mana tahu, boleh jadi penyelamat sambal anda juga!
1. Rebus dua kali
Rebus cili kering sekali, buang air rebusan, kemudian rebus sekali lagi dengan air baru. Ramai kata cara ini sangat berkesan untuk kurangkan pedas.
2. Rebus & bilas dua kali
Cara ini dikongsi oleh seorang pengguna yang ikut teknik suaminya:
- Gunting cili kering dan rebus hingga mendidih.
- Buang air rebusan pertama dan bilas cili.
- Rebus sekali lagi hingga mendidih.
- Cuci bersih, kisar bersama minyak dan air.
- Katanya, cili tetap rasa pedas tapi tak terlalu menyinga. Kalau tak pedas langsung pun, sambal jadi kurang “kick”!
3. Tambah santan
Kalau sambal dah siap tapi terlalu pedas, boleh tambah santan untuk seimbangkan rasa. Ini petua lama yang masih berkesan.
4. Kisar bersama bawang, asam & gula
Semasa mengisar cili, masukkan bawang besar lebih sedikit, bersama sedikit asam dan gula. Boleh bantu kurangkan rasa pedas yang keterlaluan.
5. Rebus bersama asam keping
Letakkan 2-3 keping asam keping semasa rebus cili. Jika guna banyak cili, lebihkan jumlah asam. Ia boleh bantu ‘neutralise’ kepedasan.
6. Rebus dengan bawang putih
Rebus cili bersama seulas bawang putih (biarkan berkulit). Selepas itu, buang kulit dan kisar bersama cili, bawang besar, sedikit garam dan gula. Boleh juga dijadikan stok sambal untuk simpanan.
7. Buang empulur (bahagian tengah cili)
Menurut perkongsian seorang pengguna, empulur cili (bahagian tengah yang memegang biji) ialah punca utama rasa pedas menyengat. Boleh dibuang jika nak hasil yang lebih ringan. Biji cili pula sebenarnya beri rasa lemak dalam sambal, jadi jangan buang semua kalau nak rasa kekal seimbang.
Sumber: MAHN
Baca juga: Cara Bersihkan Segala Lumpur Dalam Perut Kerang, Hanya Guna ‘2 Bahan’ Dapur Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














