mata pedih

Mata pedih lepas pegang cili? Ini masalah biasa waktu memasak. Kadang-kadang tanpa sedar, tangan yang terkena cili terus sentuh mata. Akibatnya, mata rasa pedih, panas dan berair.

Walaupun tak serius, rasa pedih tu boleh buat tak selesa dan ganggu aktiviti harian. Jangan risau, ada beberapa cara mudah yang boleh bantu legakan pedih mata dengan cepat. Hanya guna bahan yang senang didapati di rumah.

Baca juga: Petua Elak Sinki Tersumbat Guna 3 Bahan Dapur, Tak Perlu Panggil Tukang Paip!

CARA HILANGKAN MATA PEDIH TERKENA CILI

mata pedih

1. Basuh Mata Dengan Air Bersih

Langkah paling mudah dan utama adalah segera basuh mata dengan air bersih yang banyak. Air membantu mencairkan dan membuang capsaicin dari permukaan mata. Gunakan air suam atau sejuk dan jangan gosok mata kerana ia boleh menyebabkan iritasi lebih teruk.

2. Gunakan Susu Segar

Susu mengandungi protein yang boleh meneutralkan capsaicin. Celup kapas atau kain bersih dalam susu segar dan tampal perlahan-lahan pada mata yang pedih selama beberapa minit. Ini dapat membantu mengurangkan rasa pedih dengan cepat.

3. Letak Tuala Basah Sejuk Pada Mata

Letakkan tuala bersih yang direndam dalam air sejuk atau ais yang dibalut tuala pada mata selama 10-15 minit. Ia membantu mengurangkan keradangan dan memberi rasa lega pada mata yang.

4. Jangan Gosok Mata

Walaupun rasa gatal yang sangat mengganggu, cuba elakkan daripada menggosok mata kerana ia boleh mencederakan mata dan menyebabkan keradangan lebih serius.

5. Gunakan Air Garam (Saline)

Jika ada, bilas mata dengan larutan air garam steril (saline). Ia lebih sesuai daripada air biasa kerana dapat membantu membersihkan mata dengan lebih berkesan dan mengurangkan risiko jangkitan.

6. Dapatkan Rawatan Jika Perlu

Jika rasa pedih dan kemerahan berterusan lebih dari 24 jam atau mata mula rasa kabur, bengkak atau sakit, segera dapatkan rawatan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: Facebook

Baca juga: Tangan Pijar Selepas Potong Cili & Bau Hanyir Melekat, Cuba Petua 2 Bahan Ini, Confirm Hilang Sekelip Mata!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN