sambal ikan bilis petai

Ramai yang mula mencari jalan untuk berjimat tanpa perlu berkorban rasa dalam hidangan seharian. Jadi, tak hairanlah Sambal Ikan Bilis Petai sentiasa menjadi pilihan.

Lauk ini nampak saja biasa, tapi apabila tumis sampai naik bau memang cukup menambat selera. Gabungan ikan bilis yang garing bersama rasa sambal yang cukup harmoni, buat kita teringat masakan mak di kampung.

Baru-baru ini, Khalif Khlif telah kongsikan resipi menarik iaitu Sambal Ikan Bilis Petai di Facebook yang hasilnya sangat sedap dan nampak menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

RESIPI SAMBAL

IKAN BILIS PETAI

sambal ikan bilis petai

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kopek petai dan buang kulitnya.

2. Kisar cili kering bersama belacan, bawang putih dan bawang merah, kemudian ketepikan.

3. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis. Jangan terlalu garing sebab akan menyebabkan ikan bilis keras. Angkat dan ketepikan.

4. Seterusnya, gunakan minyak masak yang sama dan tumis bahan kisar tadi sampai naik minyak.

5. Selepas itu, masukkan gula dan kacau sebati.

6. Kemudian, perah air asam jawa dan masukkan dalam masakan. Kacau lagi.

7. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan petai, kemudian gaul lagi. Siap untuk dihidang!

sambal ikan bilis petai

Sebenarnya, lauk paling jimat pun boleh buat kita tersenyum sendiri lepas makan. Bukan setakat boleh jimat poket, malah kaya rasa dan penuh dengan kenangan.

Selamat mencuba!

Sumber: Khalif Khlif

Baca juga: Ikan Bilis Goreng Bawang, Lauk Akhir Bulan Ini Sedap Macam Mak Masak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN