
Dalam pilu tragedi yang meragut 15 nyawa awal pagi tadi di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, satu gambaran sunyi menyentuh hati ditemui di lokasi kejadian iaitu ketupat dan rendang, juadah raya yang dibekalkan oleh keluarga pelajar sebelum mereka kembali ke kampus.
Bas yang membawa lebih 40 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Alza. Kejadian tragis itu bukan sahaja meragut nyawa, tetapi juga meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pada musim perayaan ini.
Baca juga: Gara-Gara Telan Segumpal Nasi Sebab Tercekik Tulang Ikan, Ragut Nyawa Lelaki Ini
BUNGKUSAN KETUPAT DAN RENDANG DALAM BAS, TAK SEMPAT DIJAMAH
Di lokasi kemalangan, wartawan melaporkan terdapat pelbagai barangan peribadi bertaburan termasuk plastik makanan berisi ketupat dan rendang yang dibungkus rapi.
Dalam tragedi ini, makanan yang dibawa bukan sekadar juadah raya. Ia menjadi simbol terakhir kasih keluarga, hidangan yang mungkin belum sempat dinikmati tetapi kini kekal sebagai kenangan yang menyentuh hati.
Al-Fatihah buat semua mangsa yang terkorban. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan semoga seluruh keluarga mereka diberi ketabahan menghadapi ujian ini.
Sumber: Sinar Harian
Baca juga: Pelanggan Terkilan Beli Ayam Percik Dapat Tulang & Sisa, Isi Habis Kena Kikis!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














