petua tercekik tulang ikan

Tertelan tulang ikan adalah insiden yang biasa berlaku, namun jika tidak ditangani dengan betul, ia boleh membawa kesan yang serius. Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 29 tahun dari Henan, China, maut selepas mencuba petua tercekik tulang ikan yang tidak selamat.

Mangsa yang dikenali sebagai Zhang Qiang dipercayai cuba mengatasi masalah itu dengan mengamalkan petua lama iaitu dengan minum cuka dan menelan nasi untuk menolak tulang tersebut masuk ke dalam perut.

Malangnya, keesokan harinya Zhang mula berasa sukar untuk menelan dan turut mengalami muntah berdarah sebelum dikejarkan ke hospital.

Baca juga: JAKIM Arah Tarik Balik Produk Indonesia Ada DNA Babi, Ini Senarai Penuh!

BAHAYA PETUA TERCEKIK TULANG IKAN, BOLEH RAGUT NYAWA!

petua tercekik tulang ikan

Hasil pemeriksaan doktor mendapati tulang ikan itu telah menembusi bahagian esofagus dan mengenai aorta torasik, iaitu salur darah utama yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan. Kecederaan dalaman yang teruk ini akhirnya meragut nyawanya akibat pendarahan.

Walaupun tarikh kejadian tidak dinyatakan secara tepat, berita tentang insiden ini mula mendapat perhatian dan tular di media sosial pada 12 Mei lalu.

Susulan kejadian itu, Dr Li Peng, Timbalan Pengarah Jabatan Pembedahan Kepala dan Leher Tiroid di Hospital Kanser Henan, menasihatkan orang ramai supaya tidak mengikut petua tradisional seperti menelan nasi atau meminum cuka sekiranya tertelan tulang ikan.

Menurut beliau, “Minum cuka bukan sahaja tidak membantu melarutkan tulang, malah boleh menyebabkan kerosakan pada tisu tekak dan lapisan mukosa.”

APA PERLU BUAT JIKA TERLEKAT TULANG IKAN?

Jika anda mengalami kejadian terlekat tulang ikan ini, segera dapatkan bantuan perubatan. Jangan cuba untuk memaksa tulang keluar dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan lebih serius!

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Kari Ayam Malaysia Curi Tumpuan Ramai, Diiktiraf Sebagai Stew Terbaik Dunia!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN