
Rendang antara juadah wajib pada Hari Raya yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Bagi menjimatkan masa, anda boleh buat Pes Rendang Homemade dengan resipi ini.
Nak buat rendang yang sedap, kenalah kaya dengan rempah dan rasa yang mengancam. Jika hidangan ini sedap dan beraroma, barulah rasa puas apabila makan bersama keluarga.
Rendang lebih mudah dimasak dengan pes, jadi kami kongsikan resipi Pes Rendang Homemade yang dibuat oleh Shue’s Cooking menggunakan thermomix. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Pes Asam Pedas Yang Pekat ‘Kaw’, Bila Nak Masak Boleh Terus Guna
RESIPI PES RENDANG HOMEMADE

Bahan-bahan:
- 200g minyak masak
- 45g bawang putih
- 250g bawang merah
- 30g halia segar
- 30g lengkuas
- 10g kunyit hidup
- 300g cili merah segar (buang biji)
- 30g cili kering (buang biji, rendam supaya lembut)
- 9 biji buah keras
- 6 tangkai serai segar (dihiris)
- 120g kerisik
- 150g gula melaka
- 3 sudu teh garam himalaya
- 2 helai daun kunyit (hiris nipis)
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan minyak, bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, kunyit hidup, cili merah, cili kering, buah keras dan serai ke dalam mangkuk adunan thermomix.
2. Kemudian, kisar dengan tahap kelajuan 8 selama 20 saat, kemudian kikis bahagian tepi mangkuk adunan thermomix.
3. Seterusnya, kisar lagi dengan tahap kelajuan 8 selama 15 saat dan kikis bahagian tepi mangkuk adunan thermomix.
3. Selepas itu, tumis dengan tahap kelajuan 2 pada suhu 120ºC selama 15 minit.
4. Masukkan kerisik, gula melaka, garam himalaya dan daun kunyit, kemudian masak dengan tahap kelajuan 2 pada suhu 120ºC selama 8 minit.
5. Akhir sekali, masukkan ke dalam bekas yang sesuai and simpan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku.
Tips untuk menggunakan Pes Rendang Homemade:
- Pes ini sesuai digunakan sehingga 3kg ayam, jadi jika nak masak jumlah ayam yang banyak, perlu masak atas dapur sebab maksimum thermomix boleh masak ayam dengan elok adalah 1 hingga 1.3kg saja.
- Ayam akan keluarkan airnya yang tersendiri, jadi semasa proses memasak dengan thermomix boleh pilih sama ada nak buka atau tutup cawan penyukat. Jika nak rendang jenis basah, boleh tutup. Jika nak yang agak kering, boleh buka.
- Bagi daging atau kerang, tempoh memasak dengan thermomix perlu diselaras mengikut kuantiti dan potongan daging yang digunakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Shue’s Cooking
Baca juga: Resepi Pes Tomyam Homemade, Pekat Dan ‘Kaw’ Macam Dekat Kedai Thai
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














