resipi daging harimau menangis

Nak makan lauk yang padu, berjus dan cukup rasa, wajib cuba resipi Daging Harimau Menangis ini. Apabila masak untuk keluarga, pasti semua makan sampai tak berhenti.

Daging Harimau Menangis adalah hidangan daging yang popular, terutamanya dalam masakan Thai dan juga dikenali di Malaysia kerana teksturnya lembut, berjus dan rasa perapan yang padu.

Kami terjumpa perkongsian resipi Daging Harimau Menangis oleh Cik Puan Sarah di Facebook yang pasti hasilnya takkan mengecewakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Lembutkan Daging Lebih Cepat & Jimat Gas, Guna Periuk Nasi Saja!

RESIPI DAGING HARIMAU MENANGIS

resipi daging harimau menangis

Bahan-bahan:

  • Daging (hiris nipis, senipis yang boleh, baru cepat masak nanti)
  • Lada hitam
  • 3 sudu kicap manis
  • 3 sudu kicap lemak atau manis
  • 5 sudu sos tiram
  • ¼ botol madu

Bahan-bahan sos:

  • Daun ketumbar (hiris halus)
  • Limau atau lemon (ambil airnya saja)
  • Cili (tak nak pedas, tak payah letak)
  • Gula
  • Sos thai (nak guna sos thai maggi pun boleh)
  • Bawang putih (dadukan halus-halus)

*Jika tiada kicap yang disenaraikan, nak letak kicap kipas udang saja pun boleh.
*Nak daging itu hitam, letak lebih sikit kicap-kicap itu, Jika tak nak gelap-gelap, letak 2 sudu kicap pun sudah cukup.
*Nak letak garam pun boleh jika suka masin. Saya tak letak sebab kicap sudah ada rasa masin.

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, hiris daging (beli batang pinang saja, cepat lembut juga) nipis-nipis dan tumbuk lada hitam sampai hancur.

2. Selepas itu, letak semua bahan kicap tadi dan gaul rata.

3. Letak daging dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk, kemudian perapkan. Lebih lama, lebih sedap.

resipi daging harimau menangis

4. Masak daging, air daging masih ada. Goreng atau bakar atas kuali non-stick sampai kering air daging tersebut.

5. Sementara itu, boleh buat sos dengan memasukkan semua bahan yang disenaraikan di atas.

6. Akhir sekali, tuangkan sos dan kacau semua bahan. Siap untuk dihidang!

Resipi Daging Harimau Menangis ini bukan saja berjus, malah penuh dengan rasa. Caranya juga mudah disediakan dan pasti akan buat keluarga minta untuk masak lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Puan Sarah

Baca juga: Daging Masak Hitam Pekat Manis, Punyalah Sedap Sampai Makan Tak Berhenti

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN