mee bandung simple

Bukan tak tahu masak, tapi apabila fikir kena potong bawang dan sebagainya, terus rasa malas nak mula. Jangan risau, ada resepi Mee Bandung simple yang mudah tapi teramat sedap.

Mee Bandung ialah sejenis hidangan mi yang berasal dari Johor, Malaysia, terutamanya terkenal di kawasan Muar. Perkataan ‘bandung’ merujuk kepada campuran atau gabungan bahan dalam kuahnya.

Kali ini, kami nak kongsikan resepi Mee Bandung simple yang menarik oleh Wafiza Amir di Facebook. Walaupun versi malas, tapi tetap sedap dan puas hati. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Cuci Mee Kuning Yang Berbau Kapur, Rasa Pahit & Bau Pelik Terus Hilang!

RESIPI MEE BANDUNG SIMPLE

mee bandung simple

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, celur mee kuning dalam air mendidih.

2. Kemudian, tumbuk kasar bawang putih dan bawang merah.

3. Selepas itu, tumis bersama cili kisar, isi ayam dan udang sampai pecah minyak.

4. Seterusnya, masukkan sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa.

5. Masukkan tomato, cili padi dan sayur-sayuran yang disukai.

6. Setelah itu, masukkan air putih dan air tepung jagung.

7. Akhir sekali, biarkan sampai kuah menggelegak dan pecahkan telur, kemudian tutup api. Siap untuk dihidang!

mee bandung simple

Tak semestinya resepi yang sedap itu susah dibuat. Paling penting, anda tahu cara masak yang mudah seperti resipi ini. Walaupun ringkas, tapi sedap tak terkata.

Selamat mencuba!

Sumber: Wafiza Amir

Baca juga: Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN