
Jom MyResipi kongsikan cara buat sambal kicap Johor yang padu dan memikat hati sesiapa saja. Kalau makan dengan soto, boleh buat makan bertambah tiga kali!
Resipi ini tak susah langsung, sesiapa saja boleh buat. Tapi pastikan ikut pantang larangnya iaitu jangan letak air langsung semasa kisar! Hasilnya? Sambal yang pekat likat, pedas menyengat dan ada manis hujung-hujung.
Jadi, kalau anda tengah tercari-cari resipi sambal kicap yang bukan biasa-biasa, jom cuba cara ini. Boleh buat stok siap-siap dalam peti, confirm puas hati!
Baca juga: Rahsia Buat ‘Ibu Sambal’ Agar Tahan Lama, Boleh Guna Untuk Masak Apa Saja!
RESEPI SAMBAL KICAP JOHOR

Bahan-bahan:
- Kicap manis (sebaiknya jenama Kipas Udang)
- Cili padi kampung (mesti lebih banyak dari jenis lain)
- Cili padi Siam (jika suka, boleh campur sikit untuk extra pedas)
- Daun sup sepokok (ambil daun dan batang sahaja, buang akar)
- Bawang goreng (lagi sedap kalau buat sendiri, tapi boleh juga guna bawang goreng dalam paket)
- Gula secukup rasa
- Sedikit pes asam jawa
- Serbuk perasa (Ajinomoto – ikut cita rasa)
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar iaitu kicap, cili padi, daun sup, bawang goreng, gula dan sedikit pes asam jawa.
- Kisar sehingga halus dan sebati. Jangan tambah air langsung!
- Tuang sambal yang telah dikisar ke dalam kuali dan panaskan atas api perlahan.
- Masak hingga mendidih sedikit. Masukkan serbuk perasa jika suka.
- Kacau sebati dan matikan api.
Tip tambahan:
- Sambal ini sedap dimakan dengan soto, lontong, bakso atau cucur.
- Kalau nak tahan lama, simpan dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti sejuk.
Sumber: Mohd Hafiz Sumari
Baca juga: Resipi Sambal Belacan ‘Power’, Gerenti Sedap Sampai Nak Cicah Hari-Hari!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














