
Resipi rempeyek kacang tanah moden ini sangat ringkas kerana tidak perlu membuat bancuhan tepung, hanya perlu guna kulit popia.
Bukan setakat sedap, cara penyediaannya juga sangat mudah. Sesuai dijadikan kuih raya atau kudapan untuk menonton televisyen.
Kalau nak tahu apakah bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya, jom lihat resipi penuh di bawah.
Baca juga: Cara Buat Tepung Pelita Versi Moden, Simple Dan Mudah Dibuat Di Rumah
RESEPI REMPEYEK KACANG TANAH MODEN

Bahan-bahan:
- Kulit popia (apa-apa jenama pun tidak mengapa)
- Kacang tanah (disangai terlebih dahulu)
- Ikan bilis
- Sedikit tepung gandum dan air (dibancuh)
- Jintan manis dan jintan putih (dikisar sekali)
Cara memasak:
- Gunting atau potong kulit popia ikut saiz yang diinginkan (resipi ini buat bentuk segi empat).
- Bancuh tepung gandum dengan sedikit air (cukup untuk jadikan pelekat). Sapu sedikit bancuhan ini di atas permukaan kulit popia.
- Taburkan beberapa biji kacang tanah, sedikit ikan bilis dan tabur sedikit serbuk jintan manis serta jintan putih kisar di atas kulit popia.
- Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing dan keemasan. Pastikan api sederhana supaya tidak cepat hangus.
- Angkat, toskan minyak dan biarkan sejuk sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Sumber: Shai Anne Ahemed
Baca juga: Resepi Popia Nestum Mudah Dengan 5 Bahan, Kunyah Sampai Tak Berhenti!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














