mihun sup daging

Buat anda yang menyukai makanan berkuah bersama daging yang lembut, wajib cuba resipi Mihun Sup Daging ini. Bukan saja baunya wangi, malah ada rahsia di sebalik aromanya.

Mihun Sup Daging ialah sejenis hidangan berkuah popular di Malaysia yang terdiri daripada mihun lembut bersama kuah sup daging yang sungguh beraroma.

Mariana Zainal telah sudi berkongsikan resipi Mihun Sup Daging di Facebook bersama rahsia di sebalik aroma kuahnya yang wangi. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Mee Sanggul Tumis Ayam Simple, Kuah Sedap Dan Menyerap Elok!

RESIPI MIHUN SUP DAGING

mihun sup daging

Bahan-bahan:

  • 1kg daging (potong ikut suka)
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 keping asam keping (jika kecil, tambah ½ keping lagi)
  • 1½ sudu besar garam
  • 1 sudu teh ajinomoto
  • 4 liter air
  • Daun sup + daun bawang + bawang goreng (hiasan)
  • ½ cawan minyak (untuk menumis)

Bahan-bahan kisar:

Bahan-bahan lain:

Bahan-bahan sambal kicap:

  • 30 hingga 35 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 kali renjis kicap masin
  • 1 sudu teh perahan limau kasturi
  • 1 senduk kecil kuah sup
  • 6 kali renjis kicap manis
  • 1 sudu besar bawang goreng (jika suka)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, didihkan air dan daging dengan menggunakan api sederhana selama 40 minit.

2. Sementara itu, boleh panaskan minyak dan masukkan bahan kisar, bunga lawang, kulit kayu manis dan asam keping.

3. Kemudian, tumis sampai pecah minyak dan elok garing, tutup api dan ketepikan dahulu.

4. Apabila daging sudah cukup rebus selama 40 minit dan lembut, bolehlah masukkan bahan tumis, garam dan serbuk perasa.

5. Biarkan mendidih sampai menggelegak dan bolehlah sesuaikan rasa (nak kuah lebih boleh tambah air).

6. Selepas itu, boleh sediakan sambal kicap dengan mengisar semua bahan yang disenaraikan.

7. Kemudian, celur mihun dan toskan. Siap untuk dihidang!

mihun sup daging

Anda b0leh hias Mihun Sup Daging dengan daun sup, bawang goreng, taugeh dan hirisan limau nipis. Jika ada sambal kicap, lebih bertambah kelazatannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Resepi Bihun Soto Beraroma, Kuah Punyalah Sedap Sampai Esok Teringat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN