
Ikan sambal minang adalah salah satu hidangan tradisional yang berasal dari Sumatera, Indonesia dan turut digemari oleh rakyat Malaysia.
Kalau rasa mengidam nak makan, anda tidak perlu lagi terbang jauh ke Indonesia semata-mata untuk menikmati hidangan ini.
Anda boleh masak sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Intan MK di bawah.
Baca juga: Resipi Ikan Keli Berlada Padu, Ikut Cara Ini Tak Meletup-Letup Bila Goreng!
RESEPI IKAN SAMBAL MINANG

Bahan A:
- Cili besar merah
- Cili padi merah
- Bawang besar
- Bawang putih
Bahan B:
- Air asam jawa
- Gula dan garam secukupnya
Bahan C:
- Ikan goreng
Cara-cara:
- Kisar kasar semua bahan A.
- Kemudian, masak bahan A dalam kuali sehingga pecah minyak.
- Selepas itu, masukkan bahan B dan masak hingga sambal betul-betul garing dan berbau harum.
- Setelah garing, tambah gula dan garam secukupnya.
- Akhir sekali, masukkan ikan goreng yang telah disediakan tadi dan kacau sekejap supaya sambal meresap ke dalam ikan.
- Jika ingin sambal lagi tahan lama, masak sambal dengan lebih minyak. Namun, jika tidak suka sambal yang berminyak, anda boleh kurangkan minyak mengikut selera.
Sumber resipi dan gambar: Intan MK
Baca juga: Resipi Kuah Tiga Rasa Asli Thai, Curah Atas Ikan Siakap Rangup Memang Padu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














