
Biasanya kek dihidangkan dalam saiz besar dan dipotong, tapi siapa sangka sebenarnya ada cara buat Kek Batik Bites dalam versi mini yang sangat menarik.
Kek Batik adalah sejenis kek dibuat tanpa bakar yang menggunakan campuran biskut hancur dan dicampur bersama adunan coklat, susu pekat manis dan sedikit mentega.
Nak buat pencuci mulut yang mudah dimakan, anda boleh ikut resipi Kek Batik Bites yang dikongsikan oleh Nuralia Idayu di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Kek Coklat Mini Yang Gebu, Letak Biskut Teddy Bear Nampak Lagi Comel!
RESIPI KEK BATIK BITES

Bahan-bahan:
- 250gram butter
- 2 pek biskut Marie (patahkan)
- 2 cawan serbuk coklat
- ¼ cawan serbuk koko
- 2/3 tin susu pekat
- ½ cawan susu cair
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, cairkan butter dengan menggunakan api sederhana kecil.
2. Masukkan susu pekat, serbuk coklat dan serbuk koko, kemudian kacau sebati sampai adunan tak berketul.
3. Tuang susu cair sedikit demi sedikit sambil pastikan adunan tak terlampau pekat dan terlampau cair, kemudian tutup api.
4. Selepas itu, masukkan biskut dan gaul sebati sampai biskut bersalut dengan adunan coklat.
5. Letak adunan dalam loyang atau bekas, kemudian tekan-tekan bagi isi mampat dan padat.

6. Seterusnya, simpan dalam peti sejuk selama 30 minit hingga 1 jam.
7. Akhir sekali, potong bentuk kiub dan letak dalam papercup, kemudian hias mengikut citarasa masing-masing (saya leleh coklat dan tabur choc chip). Siap untuk dinikmati!
Sesiapa saja yang melihat Kek Batik Bites ini pasti tertarik kerana bentuknya yang kecil dan mudah dimakan. Selain itu, rasanya yang lazat cukup memikat selera seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Nuralia Idayu
Baca juga: Kek Batik Pandan Lembut Yang Mudah, Resipi Ini Sumpah Tangkap Leleh!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














