cara buat nasi segera

Setiap kali bulan Ramadan tiba, ramai yang cari tips memasak dengan lebih cepat. Oleh itu, kami kongsikan cara buat nasi segera untuk anda cuba sepanjang bulan Ramadan ini.

Seperti bawang dan cili yang boleh dikupas siap-siap dan terus kisar untuk dijadikan pes, nasi juga boleh dibuat dengan awal supaya anda tak terburu-buru untuk memasak nanti.

Tambahan pula ketika bulan Ramadan, anda perlu membahagikan masa dengan baik. Sambil menguruskan tugas seharian, anda dapat beribadah dengan tenang dan sempurna.

Perkara paling jenuh apabila berada di dapur adalah menunggu nasi untuk dimasak lama. Jika anda ada periuk nasi dan microwave di rumah, boleh gunakan cara buat nasi segera ini.

Tips oleh Khabbab Jamalludin di Facebook cukup menarik untuk dipraktikkan sepanjang bulan Ramadan dan kami yakin anda akan puas hati dengan hasilnya. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Elak Nasi Cepat Basi, Rupanya Ada Petua Kena Ikut Supaya Tahan Lama!

CARA BUAT NASI SEGERA

1. Mula-mula, basuh beras macam biasa.

cara buat nasi segera

2. Kemudian, guna kaedah 5 cawan beras dan 6 cawan air (tak perlu pakai jari, saya biasa guna cawan IKEA yang warna-warni).

3. Apabila sudah masak, terus tutup suis. Kemudian, gaul perlahan bagi berderai dan biarkan dia sejuk.

cara buat nasi segera

4. Setelah suam-suam, boleh masukkan dalam bekas plastik (saya pakai ulang plastik ada zipper).

5. Seterusnya, simpan dalam peti sejuk, tapi bukan di bahagian sejuk beku.

7. Apabila nak makan, keluarkan dalam pinggan dan tuangkan 1/5 cawan air masak atas nasi.

8. Akhir sekali, masak dalam microwave dengan menggunakan power maksimum selama 4 minit. Siap untuk digunakan!

Buat pengetahuan anda, cara buat nasi segera ini boleh tahan sehingga 2 minggu. Namun, anda disarankan untuk terus gunakannya secepat mungkin supaya tak cepat basi.

Cara ini sesuai untuk orang yang nak cepat dan anda tak perlu tunggu nasi masak lagi. Tambahan pula, tips ini dapat jimatkan masa dan tenaga untuk memasak sepanjang bulan Ramadan.

Selamat mencuba!

Sumber: Khabbab Jamalludin

Baca juga: Nasi Mentah Jangan Dibuang, Rupanya Boleh Diselamatkan Dengan 5 Petua Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN