
Setiap kali teringat hidangan lauk sewaktu kenduri saudara-mara, mesti teringin buat sendiri di rumah. Oleh itu, kami kongsikan resipi Daging Masak Hitam Kenduri untuk anda cuba.
Selain ayam masak merah, Daging Masak Hitam Kenduri juga antara pilihan lauk untuk dihidangkan sewaktu kenduri dan kesedapannya memang susah nak jumpa di tempat lain.
Resipi ini dikongsikan oleh Nurul Adira di Facebook yang hasilnya cukup pekat. Dengan hanya melihat saja, anda boleh tahu lauk ini memang sedap tak terkata. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Gulai Kawah Kelantan, Lauk Kenduri Ini Buat Ramai Berselera Dengan Aromanya
RESIPI DAGING MASAK HITAM KENDURI

Bahan-bahan:
- Daging (dipotong halus dan dibersihkan)
- Bawang besar atau bawang holland (dikisar kasar, tapi tapis, air bawang jangan buang, boleh buat bancuh rempah dan cili kisar)
- Rempah kari daging
- Cili kisar
- Kicap lemak manis atau kicap pekat
- Gula merah
- Serbuk lada hitam
Bahan-bahan tumis:
- Bawang besar (dimayang halus)
- Bawang putih (dimayang halus)
- Halia (dimayang halus)
- 4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis)
- Daun kari
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, panaskan minyak dan masukkan 4 sekawan, bawang putih, bawang besar, halia serta daun kari, kemudian biar sampai layu dan kuning.
2. Selepas itu, masukkan bawang kisar dan biarkan selama 5 hingga 10 minit.
3. Kemudian, masukkan cili kisar dan biar sekejap dalam 5 minit sambil kacau.
4. Seterusnya, masukkan rempah, lada hitam dan gula merah sampai pecah minyak.
5. Apabila sudah pecah minyak dan wangi, boleh masukkan daging. Setelah daging bertukar warna, masukkan kicap dan sedikit air (daging akan keluarkan airnya juga).
6. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, kemudian biarkan sampai daging empuk dan pekat. Siap untuk dihidang!

Jika sudah bosan dengan ayam dan ingin makan hidangan lain pada hari ini, bolehlah buat Daging Masak Hitam Kenduri ini yang semestinya bakal membuat selera anda terangkat.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Adira
Baca juga: Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin, Guna Minyak ‘Ini’ Baru Ada Aroma Pengantin!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














