asam pedas ikan jenahak

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Nurhayati Maleq, berkongsi satu resipi asam pedas ikan jenahak yang padu dan lazat.

Menurutnya, dia pernah melihat seorang chef menambah satu ‘bahan rahsia’ ke dalam asam pedas untuk menghasilkan kuah yang lebih lemak dan pekat rasanya.

Dia pun terus mencuba teknik chef tersebut dan ternyata hasilnya sangat sedap! Jadi, jika anda ingin tahu apakah bahan itu, mari lihat resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Rahsia Asam Pedas Ori Melaka Yang ‘Pekat Likat’, Macam Ni Baru Padu!

RESIPI ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

asam pedas ikan jenahak

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan jenahak
  • 1-2 kuntum bunga kantan dibelah 2
  • 4-5 helai daun limau purut (buang urat)
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 genggam asam gelugor
  • Air secukupnya
  • 1 kiub ikan bilis
  • Garam secukupnya
  • Mushroom seasoning

Bahan kisar:

  • 3 senduk cili kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 10 biji bawang putih
  • ½ inch lengkuas
  • 1½ kunyit hidup
  • 1 inch halia
  • 2 inch belacan bakar
  • 5 biji buah keras (bahan rahsia)

Cara memasak:

  1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Jangan lupa kisar bersama buah keras (untuk buat kuah lebih pekat dan lemak).
  2. Setelah naik bau dan pecah minyak bolehlah masukkan air, asam jawa dan asam gelugor. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih masukkan ikan jenahak, bunga kantan dan daun limau purut.
  4. Biarkan ikan mendidih sekali lagi atau biar sehingga ikan masak. Kemudian masukkan kiub ikan bilis, tomato dan perisakan dengan garam dan mushroom seasoning.
  5. Gaul rata dan siap untuk dihidang!

Tips: Nama pun asam pedas jadi lauk mestilah rasa masam dan pedas. Jangan takut-takut untuk letak asam jawa atau asam gelugor banyak.

Kredit resipi: Nurhayati Maleq

Baca juga: Resipi Asam Pedas Tanpa Daun Kesum & Bunga Kantan, Tapi Tetap Sedap Cukup Rasa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN