cream frosting

Sewaktu kecil, setiap kali Hari Lahir hampir tiba, pasti ibu dan ayah akan bawa kita pergi beli kek. Sekarang, ramai yang cari resipi cream frosting seperti yang ada di kedai kek dulu-dulu.

Zaman kanak-kanak memang pantang jika dapat peluang pergi kedai kek kerana teruja nak tengok pelbagai jenis kek yang dihiasi atau digubah dengan pelbagai corak dan warna.

Selain diletakkan kacang atau chocolate rice di bahagian tepi, ada juga kek yang dihias dengan bunga ros di bahagian atas. Apabila diingat semula, memang sungguh nostalgia.

Oleh kerana kek klasik telah menjadi kegemaran sekarang, jadi tak hairanlah begitu ramai yang ingin tahu tentang resipi cream frosting yang sedap untuk dihias di atas kek tersebut.

Eny Yusnizar Abdullah  telah kongsikan cara buat cream frosting yang mudah di Facebook dan sesuai untuk mereka yang baru belajar buat kek. Jom kita cuba!

Baca juga: Beza Butter Dan Marjerin, Mana Yang Lebih Bagus Untuk Buat Kuih Atau Kek?

RESIPI CREAM FROSTING UNTUK HIAS KEK

cream frosting

Bahan-bahan:

  • 500gm krimwell
  • 200gm salted butter (pakai pure butter lebih sedap)
  • 1 tin susu pekat manis (jenis F&N pekat sikit)
  • ½ sudu besar esen vanilla
  • ½ sudu teh orange oil atau butter oil (jika kek coklat atau coffee, guna butter oil, tapi jika vanilla atau perisa buah, guna orange oil)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masuk krimwell dan butter yang sudah lembut dalam mixer, kemudian putar sampai kembang.

2. Apabila sudah kembang, masukkan susu pekat, kemudian putar lagi sampai kembang, gebu dan ringan.

3. Kemudian keluarkan angin dalam cream frosting dengan putar mixer pada speed paling perlahan selama 10 minit (jika tak buang angin nanti coating kek akan ada gelembung udara).

4. Akhir sekali, boleh campur dengan menggaulkan cream frosting ini dengan perisa coklat atau coffee atau guna emulco (perisa dan pewarna). Siap untuk digunakan!

cream frosting

Selain digunakan sebagai hiasan kek, anda juga boleh gunakan cream frosting ini sebagai layer untuk kek. Paling menarik, ia membuatkan kek terasa lebih sedap dan tak muak apabila dimakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Eny Yusnizar Abdullah

Baca juga: Tips Untuk Simpan Kek Tahan Lama, Bila Tak Habis Makan Boleh Guna 2 Cara Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN