Resepi ayam rebus mix herbs kini menjadi sebutan ramai. Hidangan ringkas ini mencuri perhatian dengan rasa yang lazat dan penyediaan yang mudah.
Kombinasi herba dan rempah ratus yang menyelerakan meresap ke dalam ayam yang empuk, menghasilkan hidangan yang bukan sahaja enak, malah berkhasiat.
Jika ada yang ingin mencubanya, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Nurul Fariha di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Sedap Dari Biasa, Gerenti Hari-Hari Nak Buat!
RESEPI AYAM REBUS MIXED HERBS
Bahan-bahan:
- Ayam (potong ikut suka – boleh guna bahagian kepak, peha, atau dada)
- Mixed herbs (secukup rasa)
- Cili flakes (secukup rasa)
- Paprika/cajun/serbuk cili (secukup rasa)
Lada hitam (secukup rasa) - Garam (secukup rasa)
- Serbuk perasa
- Air
Cara-cara:
- Masukkan ayam ke dalam periuk.
- Tambahkan mixed herbs, cili flakes, paprika/cajun/serbuk cili, lada hitam, garam dan perasa. Gaul rata dan perap seketika supaya rempah meresap.
- Tuangkan air secukupnya sehingga ayam tenggelam.
- Masak ayam dengan api sederhana sehingga empuk dan air menjadi kuah yang agak pekat.
- Jika suka, masukkan bendi pada 5 minit terakhir supaya bendi masak tetapi masih rangup.
- Angkat dan hidangkan ayam rebus bersama kuah pekatnya.
- Tambahkan chili oil dan bendi sebagai pelengkap.
Kredit resipi dan gambar: Nurul Fariha
Baca juga: Resipi Sambal Ayam Sedap Menjilat Jari, Warna Pun Cantik & Merah Elok!