cara buat mee udang

Setiap orang pasti mempunyai hidangan mee berkuah kegemaran sendiri. Apabila dapat tahu ada cara buat Mee Udang yang mudah, ramai yang begitu teruja untuk mencubanya.

Mee Udang merupakan hidangan popular yang menggabungkan mee kuning dengan udang segar dalam kuah yang pekat dan pedas.

Selain mee kuning dan udang segar, Mee Udang juga menggunakan bawang merah, bawang putih, cili kisar, sos tomato, kicap manis, telur, sayur-sayuran hijau dan perasa secukupnya.

Masni Bahari telah kongsikan cara buat Mee Udang di Facebook yang sangat mudah, sampaikan orang yang tak tahu buat sebelum ini pun boleh dapat hasil menjadi. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Mee Rebus Simple Di Rumah, Pekena Kuahnya Memang Terangkat!

CARA BUAT MEE UDANG

cara buat mee udang

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumis bahan kisar sehingga naik bau, kemudian tuang hirisan daging dan tambah air. Masak sehingga daging empuk.

2. Apabila daging sudah empuk, letak sos cili, kicap, gula, sedikit garam dan serbuk perasa, kemudian tambahkan air untuk jadikannya berkuah.

3. Apabila sudah mendidih, bolehlah letak udang dan biarkan sehingga masak.

4. Apabila udang sudah masak, boleh letak mee, sawi, tauge, tomato dan biarkan sampai mendidih, kemudian tutup api.

5. Akhir sekali, tabur daun sup dan takua goreng tadi. Siap untuk dihidang!

cara buat mee udang

Setelah membuat resepi ini, kami yakin anda akan terkejut dengan hasilnya. Bukan saja kuahnya pekat, malah kombinasi rasa pedas bersama aroma udang itu memang cukup menyelerakan.

Mood kadangkala tak nak makan nasi, tapi teringin hirup sesuatu yang berkuah supaya segar. Oleh itu, cara buat Mee Udang ini memang tepat untuk anda cuba di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Masni Bahari

Baca juga: Cara Buat Sizzling Yee Mee Mudah Di Rumah Tanpa ‘Hot Plate’, Gerenti Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN