ayam sambal

Siapa je yang tak suka ayam sambal kan? Hidangan ini memang jadi kegemaran ramai, daripada budak kecil sampai orang dewasa. Rasa pedas, manis dan masam sambal dengan ayam goreng memang buat kita bertambah-tambah nasi.

Tapi, ramai yang rasa macam susah nak masak sambal ayam yang sedap macam dekat kedai. Ada yang rasa sambal tak cukup ‘kick’, ayam pula liat atau rasa macam ada saja yang kurang. Jangan risau! Resipi yang kami nak kongsikan ini memang mudah dan confirm jadi.

Dengan bahan-bahan yang mudah dan langkah demi langkah yang ringkas, sesiapa pun boleh cuba masak. Selepas ini, kalian boleh hidang ayam masak merah yang sedap untuk keluarga tersayang. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Sambal Kicap Mentah Yang Padu, Sampai Ketagih Nak Cicah Hari-Hari!

RESEPI SAMBAL AYAM

ayam sambal

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong dan digoreng separuh masak)
  • Bawang merah (secukupnya)
  • Bawang putih (secukupnya)
  • Cili kering (untuk warna sambal yang cantik, gunakan cili kering yang cantik)
  • Sos cili (secukupnya)
  • Sos tomato (secukupnya)
  • Air asam jawa (sedikit)
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula pasir (secukup rasa)
  • Serbuk perasa (secukup rasa)
  • Bawang besar (dihiris, secukupnya)
  • Minyak masak (untuk menumis)

Cara memasak:

  1. Tumbuk atau kisar halus bawang merah, bawang putih dan cili kering.
  2. Panaskan minyak masak, tumis bahan yang telah ditumbuk/dikisar hingga pecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
  4.  Masukkan sedikit air asam jawa. Kacau rata.
  5. Masukkan garam, gula pasir dan serbuk perasa secukupnya. Kacau rata dan sesuaikan rasa mengikut citarasa anda.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata dan biarkan seketika sehingga sambal meresap ke dalam ayam.
  7. Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Kacau rata.
  8.  Angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas.

Kredit resipi dan gambar: Zyda Arshad

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Sambal Berlado, Masak Macam Ini Memang Terlajak Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN