
Menu ringkas ini yang digelar terung bakar bersantan, memang pembuka selera! Dengan santan lemak berkrim dan aroma bakar yang menyelerakan, ia sempurna dinikmati bersama sambal belacan dan ikan goreng.
Resipi ini telah dipelajari oleh Cik Puan Syalfarina Razali menerusi seorang rakan dan terus menjadi kegemaran keluarga beliau.
Jom tengok resipi penuh di bawah ini.
Baca lagi: Cara Buat Lepat Cendol Bergedik, Lemak Manis Yang Mudah & Pasti Jadi!
RESIPI TERUNG BAKAR BERSANTAN
Bahan-Bahan:
- 1-2 biji terung (bergantung pada jumlah hidangan)
- 4 biji bawang merah kecil (hiris halus)
- 2 biji bawang merah kecil (untuk ditumbuk)
- 1-3 cili api (atau cili hidup jika kurang pedas)
- 1 sudu kecil belacan segar
- 1 kotak kecil santan (200ml)
- Garam dan sedikit gula (secukup rasa)
- 2-3 biji limau kasturi
Cara Penyediaan:
1. Bakar terung terus di atas api dapur hingga kulitnya hangus dan isinya lembut. Pastikan tidak membakar terlalu lama sehingga kering dan kecut.
2. Setelah masak, letakkan di atas pinggan dan koyakkan bahagian kulit yang hangus. Gunakan garfu untuk mengelakkan melecur.
3. Tumbuk cili api (atau cili hidup), 2 biji bawang merah, dan belacan hingga lumat.
4. Didihkan santan dalam periuk kecil. Masukkan bahan tumbuk ke dalam santan.
5. Tambahkan garam dan sedikit gula, kemudian kacau hingga sebati. Tutup api selepas mendidih.
6. Tuangkan santan yang telah dimasak ke atas terung yang dibakar tadi.
7. Taburkan bawang merah yang telah dihiris halus sebagai hiasan.
8. Perahkan jus limau kasturi di atas terung untuk memberikan rasa masam yang menyegarkan.
Selamat mencuba resipi ini!
Sumber: Syalfarina Razali
Baca lagi: Resepi Apam Cheese Kukus, Hasil Gebu Gebas Dengan 5 Langkah Mudah
Related Posts
Resipi 20 Minit Siap
Resipi Popular
Sambal Belacan Paling Sedap, Resipi Hadi Salleh Ini Ramai Cuba Sebab Mudah Tapi Padu
Resipi Buttermilk Chicken, Ini Tips Kekal Rangup Walaupun Berkuah
Manisan Turki Yang Berasaskan Keju, Jom Cuba Resepi Kunafa Hanya Guna Air Fryer!
Tips Buat Roti Goreng Sardin Yang ‘Rangup’, Kena Perah Sedikit Asam Limau
Wanita Ini Kongsi Cara Bakar Ikan Guna Air Fryer, Mudah Dan Cepat Siap!
Artikel Popular
Mi Goreng Malaysia Jadi Perhatian, Dua Pencipta Kandungan India Dipuji Berjaya Masak Dengan ‘Rasa Malaysia’!
Cara Mudah Buat Serunding Kelapa Guna Air Fryer, Mudah, Ringkas & Jimat Masa!
Masak Nasi Goreng Kampung Jadi Lagi Sedap, Rupanya Ini Rahsia Aroma Belacan & Nasi Berderai
Resepi Colek Buah Simple Guna Gula Melaka, Rasa Pedas Manis Padu Buat Ramai Ketagih
Resipi Kek Cempedak Gebu & Harum, Semerbak Baunya Dari Dapur Sampai Ke Ruang Tamu!
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














