Bila teringin nak makan sesuatu yang lazat tapi malas keluar rumah, resipi ini adalah jawapannya! Gabungan ayam tiga budak gemok yang kaya rasa bersama sambal belacan gesek pedas masam memang memikat selera.
Resipi ini bukan sahaja mudah tetapi lazat dan pasti disukai oleh ahli keluarga anda.
Ikuti langkah mudah yang dikongsikan di bawah ini.
Baca lagi: Cara Buat Nasi Sugarbun, Resipi Asal Borneo Ini Sedap & Pasti Disukai Ramai!
RESIPI AYAM TIGA BUDAK GEMOK
Bahan-bahan:
- Ayam (dipotong kecil, digoreng hingga masak)
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 10-15 biji cili api (boleh tambah jika suka lebih pedas)
- 1 inci halia (pilihan, boleh diabaikan jika tidak mahu)
- 1 tangkai daun kari
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap manis
Cara Penyediaan:
1. Kisar atau tumbuk halus bawang besar, bawang putih, cili api, dan halia.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama daun kari hingga garing dan naik bau.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Gaul rata hingga bahan tumis sebati.
4. Masukkan ayam goreng yang telah disediakan. Gaul hingga ayam disalut sepenuhnya dengan bahan tumis.
5. Angkat dan hidangkan panas-panas. Nikmati bersama nasi putih atau makan begitu sahaja!
RESIPI SAMBAL GESEK
Bahan-bahan:
- 10-15 biji cili api merah
- 6-8 biji cili api hijau
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu besar belacan
- ½ sudu besar gula
- Garam secukup rasa
- Jus limau nipis secukupnya
- Sedikit minyak masak
Cara Penyediaan:
1. Hiris nipis bawang besar, bawang putih, dan cili api.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng semua bahan hiris hingga layu.
3. Angkat dan toskan minyak. Masukkan ke dalam lesung batu.
4. Tambahkan belacan, gula, dan garam. Tumbuk hingga separuh lumat.
5. Masukkan jus limau nipis dan kacau rata.
6. Panaskan semula 2 sudu minyak yang digunakan tadi. Tumis bahan tumbuk selama 5 minit untuk menambah rasa dan aroma.
7. Sambal belacan gesek siap untuk dihidangkan!
Sumber: Noor Farazuana
Baca lagi: Resipi Ketam Cili Padi Dimasak Bersama Serbuk Kari, Dia Punya Sedap Lain Macam, Fuh!