cara buat nasi lemak

Cara buat nasi lemak pandan ini memang sangat mudah dan ringkas! Dengan aroma yang wangi dan rasa yang sedap, ia pasti akan memikat selera anda.

Anda hanya perlu bahan-bahan yang ada di dapur. Asalkan ada beras dan santan, anda sudah boleh mula memasak. Rasanya tetap padu walaupun dengan bahan ringkas!

Jika anda ingin mencuba nasi lemak yang mudah dan sedap, resipi ini adalah pilihan yang terbaik. Jom kita lihat cara penyediaannya di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Sambal Nasi Lemak Sedap, Pekat & Berkilat! Baru Rasa Lagi Menyengat!

CARA BUAT NASI LEMAK PANDAN

cara buat nasi lemak

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras (guna cawan kaca ikea)
  • 1 gelas pati santan
  • 1 gelas air pandan (10 helai daun pandan dikisar dan tapis)
  • 3 sudu besar minyak kelapa dara (minyak masak pun boleh)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Cuci beras bersih.
  2. Satukan semua bahan di atas.
  3. Sukat seperti masak nasi biasa dan biarkan masak.
  4. Siap.

RESEPI AYAM BEREMPAH

cara buat nasi lemak

Bahan kisar:

  • 8 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 3 ruas lengkuas saiz besar (kalau saiz kecil, tambah jadi 6)

Bahan rempah:

  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 6 tangkai daun kari

Cara:

  1. Satukan semua bahan kisar bersama bahan rempah.
  2. Ratakan pada keseluruhan ayam.
  3. Goreng dengan api sederhana hingga masak.
  4. Siap.

Kredit resipi: Aisyah Humaira

Baca juga: Cara Sukat Nasi Lemak Untuk Makan Ramai, Baru Tak Risau Terlebih Atau Terkurang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN