Peria kaya dengan khasiat, tetapi ramai yang tidak suka kerana rasanya pahit. Selain dijadikan ulam dan masakan berkuah, ia juga boleh diolah menjadi kerepek peria yang garing dan sedap!
Namun, untuk memastikan peria tidak terlalu pahit, ada cara tertentu yang perlu diikuti. Dengan cara ini, kerepek peria akan menjadi garing dan sedap tanpa rasa pahit.
Untuk ibu-ibu yang ingin mencuba membuat peria goreng rangup di rumah, jom ikut resipi dan tips yang dikongsi oleh Nasyitha Aisya di bawah.
Baca juga: Resipi Acar Peria, Ini Petua Hilangkan Rasa ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan
CARA BUAT KEREPEK PERIA RANGUP
Bahan-bahan:
- 500 g peria segar (dihiris nipis)
- 2-3 sudu besar garam (untuk mengeluarkan getah peria)
- 3 helai daun limau purut (dihiris)
Rempah kisar:
- 1/2 sudu besar ketumbar
- 1/2 sudu besar garam halus
- 1/2 sachet penyedap rasa
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji kemiri (dipanggang)
- 1 cm kunyit
- 2 cm lengkuas
- 220-250 ml air
Bahan salutan:
- 1/2 biji telur
- 150 g tepung beras
- 75 g tepung ubi kayu
- 35 g tepung gandum
Cara-cara:
- Sediakan semua bahan. Hiriskan peria nipis, kemudian taburkan garam dan uli hingga getahnya hilang. Bilas dengan air sejuk 2-3 kali.
- Panaskan air dalam kuali. Setelah mendidih, tutup api. Masukkan hirisan peria yang bersih dan rendam selama 3 minit untuk mengeluarkan garam dan mengurangkan rasa pahit. Bilas dengan air sejuk lagi 2-3 kali supaya warnanya kekal hijau yang cantik. Toskan dan picit supaya airnya keluar. Kini sedia untuk dicelup dalam bahan salutan.
- Kacau adunan celup dengan baik. Teksturnya agak tebal, jangan terlalu cair.
- Sediakan kuali dan panaskan minyak masak. Goreng kerepek sehingga perang keemasan. Tanda-tanda kerepek sudah masak ialah buih minyak akan hilang. Toskan. Jika ingin mengurangkan minyak, anda boleh masukkan ke dalam oven selepas digoreng.
Kredit: Nasyitha Aisya II
Baca juga: Tips Buat Peria Goreng Crispy Macam Di Kedai Mamak, Rangup & Tak Pahit!