resepi kuah kacang

Resepi kuah kacang ini memang mudah, ringkas dan sedap! Jika anda selalu cicah cucur udang dengan sos cili, apa kata cuba pula kuah kacang ini.

Kuah kacang ni memberi rasa yang kaya dan berlemak, jadi ia jadi pelengkap yang sempurna untuk cucur udang. Setiap suapan pasti memikat selera!

Jadi, jom cuba resipi perkongsian oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail ini di rumah. Pasti anda akan suka!

Baca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak

RESEPI KUAH KACANG CICAH CUCUR UDANG

resepi kuah kacang

Bahan-bahan:

  • 2 genggam kacang (goreng tanpa minyak)
  • 1 sudu udang kering (goreng tanpa minyak)
  • 7 tangkai cili kering (goreng tanpa minyak)
  • Sedikit air
  • Sedikit air perahan asam jawa
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Tumbuk dua genggam kacang yang telah digoreng tanpa minyak bersama satu suap udang kering.
  2. Tumbuk tujuh tangkai cili kering yang telah digoreng tanpa minyak.
  3. Gaul sebati semua bahan diatas dengan sedikit air dan sedikit air perahan asam jawa, masukkan sedikit gula dan garam.
  4. Panaskan campuran tersebut di atas api perlahan hingga mendidih.
  5. Sangat ringkas, senang dan sedap. selalu cicah sos saja kan, cuba yang ini pula.
  6. Selamat mencuba!

Kredit: Syed Mohd Nazli Jamalullail

Baca juga: Resipi Tauhu Sumbat Bersama Kuah Kacang, Mesti Ramai Rindu Nak Makan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN