resepi sambal sotong sedap

Resepi sambal sotong yang sedap sebenarnya sangat mudah! Lauk ini memang enak dimakan dengan nasi lemak, dan nasi putih pun boleh juga. Tapi, ramai yang tak tahu cara nak masak sambal sotong yang cantik dan pecah minyak, terutama bagi yang baru nak belajar masak.

Kalau teknik masak tak betul, sambal sotong boleh jadi berair dan kecut. Sotong pun boleh jadi liat bila kita kunyah! Jadi, jom kita belajar cara masak sambal sotong yang sedap menerusi perkongsian oleh Nor Farah Atika di bawah.

Baca juga: Cara Rebus Kacang Kuda Agar Cepat Empuk, Tak Perlu Tunggu Sampai Berjam!

RESEPI SAMBAL SOTONG SEDAP

resepi sambal sotong sedap

Bahan kisar:

  • Bawang besar 1 biji (untuk kuah pekat, lebihkan bawang)
  • 3 ulas bawang putih

Bahan lain:

Cara-cara:

1. Matikan air sotong terlebih dahulu. Ini tips supaya bila masuk dalam sambal, sotong tak kecut dan tak liat.

2. Ambil kuali, buka api besar tanpa letak minyak. Terus masukkan sotong sampai keluar air-airnya. Jangan terlalu lama nanti sotong kecut.

resepi sambal sotong sedap

3. Lepas sotong dah keluarkan airnya, boleh tapis sotong. Jangan tunggu kering nanti sotong overcook dan jadi liat pula.

4. Air sotong jangan buang. Simpan untuk diletakkan dalam sambal nanti.

5. Tumis bahan kisar dan masukkan cili kisar. Kuantiti cili mengikut tahap kepedasan yang disukai.

6. Bila sambal dah pecah minyak, boleh masukkan air sotong tadi.

7. Letakkan juga asam jawa dan gula melaka. Gula melaka akan buatkan warna sambal nampak cantik dan pekat.

8. Masukkan secukup rasa dan garam mengikut selera masing-masing.

9. Jika sambal sudah cukup rasa masam, manis dan pedas, bolehlah masukkan sotong tadi.

10. Letakkan juga bawang holland (jika suka).

11. Lepas masukkan sotong dan bawang, besarkan api dan kacau-kacau. Selepas seminit terus tutup api agar sotong tak kecut dan tak liat.

resepi sambal sotong sedap

12. Siap, sotong kekal gebu dan tak kecut. Selamat mencuba!

resepi sambal sotong sedap

Kredit: Nor Farah Atika

Baca juga: Resipi Kari Ayam Padu Dari Biasa, Rupanya Kena Perap Dengan Bahan Rahsia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN