resepi kek marble simple

Ada sesiapa sedang mencari resepi pencuci mulut tanpa menggunakan banyak bahan? Paling istimewa, kami akan kongsikan resepi Kek Marble simple paling bajet untuk anda cuba di rumah.

Kek Marble merupakan kek lama yang sudah popular sejak dulu lagi terutamanya di kalangan mereka yang lahir di kampung. Biasanya, kek ini dimakan sewaktu minum petang atau dihidangkan sebagai pencuci mulut di majlis kenduri.

Walaupun resepi Kek Marble simple yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans di Facebook ini nampak ringkas, namun hasilnya yang gebu telah menarik perhatian ramai. Jom kita cuba!

Baca juga: Puding Roti Marble Yang Mak-Mak Sekarang Suka Buat, Tak Payah Kukus!

RESEPI KEK MARBLE SIMPLE

resepi kek marble simple

Bahan-bahan:

  • 300g marjerin
  • 200g gula perang
  • 6 biji telur
  • 200g tepung naik sendiri
  • 20g serbuk koko

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, satukan marjerin dan gula perang, kemudian mixkan. Jika tiada mixer, pakai saja whisk sampai sebati dan kembang.

2. Selepas itu, masukkan telur satu demi satu dan perlahankan mixer, kemudian masukkan tepung.

3. Kemudian, matikan mixer dan kacau adunan sehingga rata.

4. Seterusnya, bahagikan adunan kepada dua dan letak serbuk koko dalam salah satu adunan, kemudian kacau sebati.

5. Setelah itu, tuang selang-seli dalam loyang 8×8 dan jangan lupa lapik baking paper di bahagian bawah loyang.

6. Selepas selesai tuang secara selang-seli tadi, hentak-hentak sedikit adunan tersebut supaya rata.

7. Akhir sekali, bakar pada suhu 170ºC dengan menggunakan api atas bawah semasa 50 hingga 55 minit bergantung kepada oven masing-masing. Siap untuk dipotong dan dinikmati!

resepi kek marble simple

Anda boleh mengolah resepi Kek Marble simple ini dengan menggantikan serbuk koko kepada bahan lain seperti vanilla, red velvet, pandan, kopi, oren dan banyak lagi.

Betapa nikmatnya makan Kek Marble sambil menonton movie kesukaan di rumah bersama keluarga tersayang, sampaikan jiran sebelah pun boleh cemburu apabila menghidu bau kek yang sungguh sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Azlina Ina Fans

Baca juga: Cara Buat Kek Pisang Dengan 5 Bahan, Resipi Paling Bajet Dan Mudah Abad Ini!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN