Jika sebelum ini kita asyik beli je, kali ini apa kata jom kita cuba buat sendiri bawang goreng di rumah. Rupanya tak susah mana pun nak buat sendiri bawang goreng rangup dan sedap.
Dengan menggunakan cara yang dikongsikan oleh Noor Ashikin Saerah di bawah, anda tidak perlu menggunakan minyak kerana bawang akan dimasak dalam air fryer.
Walaupun menggunakan air fryer, hasil bawang yang dimasak tetap rangup dan sempurna seperti yang digoreng dengan minyak. Bagi sesiapa yang memiliki air fryer, bolehlah mencuba resepi ini!
Baca juga: Resipi Telur Masak Bawang, Menu Jimat Tapi Sedap Bukan Main!
RESEPI BAWANG GORENG RANGUP
Bahan-bahan:
- 500g (40-45 ulas) bawang kecil
- 4-5 sudu besar minyak masak
Cara penyediaan:
- Kupas kulit dan cuci bawang kecil sehingga bersih.
- Hiris nipis dan sagat bawang kecil.
- Rendam seketika hirisan bawang di dalam air. Toskan.
- Gaul hirisan bawang dengan sedikit minyak masak.
- Masukkan hirisan bawang sedikit demi sedikit ke dalam ‘air fryer’.
- Goreng pada suhu 120°C selama 15 hingga 17 minit. Kuis-kuiskan bawang setiap 5 minit.
- Keluarkan bawang goreng apabila warnanya telah bertukar keperangan.
- Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi dan gambar: Noor Ashikin Saerah
Baca juga: Resipi Sambal Nasi Lemak, Nak Rasa ‘Lejen’ Kena Guna Bawang Jenis Ini