pizza dari roti tawar

Semakin lama, semakin banyak cara memasak secara kreatif yang dikongsikan dan kami telah terjumpa cara buat Pizza dari roti tawar tanpa membakarnya menggunakan oven.

Pizza adalah hidangan Itali yang biasanya terdiri daripada adunan leper berasaskan gandum serta dihiasi dengan tomato, keju dan bahan-bahan lain, kemudian dibakar pada suhu yang tinggi atau secara tradisinya dalam ketuhar kayu.

Jika tak tahu hasilkan doh Pizza, jangan risau kerana anda masih boleh membuatnya dengan menggunakan roti tawar yang ada di rumah. Paling biasa dipakai, semestinya roti Gardenia.

Musfina Ayub telah kongsikan cara buat Pizza dari roti tawar di Facebook yang sangat menarik kerana anda tak perlu gunakan oven sekalipun. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Doh Pizza Frozen Dengan 3 Langkah, Boleh Guna Bila-Bila Masa!

CARA BUAT PIZZA DARI ROTI TAWAR

pizza dari roti tawar

Bahan-bahan:

  • 4 hingga 5 keping roti tawar
  • 2 biji telur
  • 100ml susu uht

Bahan-bahan topping:

  • 2 sosej
  • Sos bolognese (sos tomato)
  • Keju parut
  • Serbuk parsley (boleh skip jika tiada)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, campurkan telur dan susu uht, kemudian kacau sampai sebati.

2. Selepas itu, potong-potong dadu roti tawar dan campurkan adunan telur tadi, kemudian kacau sampai roti agak menyerap.

3. Sediakan kuali anti lekat dan sapukan marjerin, kemudian masukkan adunan pizza di atas kuali.

4. Seterusnya, letakkan bahan-bahan topping iaitu sos, sosej, keju parut dan serbuk parsley.

5. Akhir sekali, tutup kuali dan panggang dengan api kecil sehingga masak. Siap untuk dihidang!

pizza dari roti tawar

Apabila tiada oven di rumah atau tiba-tiba ia rosak dan tak boleh digunakan, anda boleh saja gunakan kuali untuk hasilkan Pizza dari roti tawar seperti yang kami kongsikan ini.

Tak semestinya tiada oven, tak boleh hasilkan hidangan Pizza yang lazat di rumah. Banyak lagi cara memasak yang menarik, cuma anda perlu jadi lebih kreatif supaya hasilnya menjadi.

Selamat mencuba!

Sumber: Musfina Ayub

Baca juga: Mini Pizza Guna Roti Gardenia, Bekal Sekolah Ini Mesti Anak Suka!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN