salad makaroni

Jika tak tahu nak makan malam apa, MyResipi akan kongsikan satu resipi yang super simple dan mudah untuk dicuba iaitu salad makaroni.

Macaroni salad ini bukan sahaja enak, tetapi juga penuh dengan pelbagai nutrisi, terutamanya bila ditambah sayur-sayuran.

Hidangan ini juga sangat sesuai untuk anda yang ingin menikmati sesuatu yang cepat tetapi tetap mengenyangkan.

Jadi, jom kita tengok cara membuat macaroni salad ini seperti perkongsian di bawah!

Baca juga: Cara Simpan Daun Salad Agar Tahan Lama, 3 Minggu Pun Masih Segar!

RESEPI SALAD MAKARONI

salad makaroni

Bahan-bahan:

  • Sepaket macaroni (brand Kimball, Prego, atau apa-apa brand lain; rebus dan toskan)
  • 4-5 biji kentang (potong dadu dan rebus)
  • 1-2 biji lobak merah (potong dadu dan rebus)
  • 4-5 ketul sosej (potong dan rebus)
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • Jika ada brokoli, lagi sedap!
  • 1 tin susu cair atau fresh milk
  • Mayonis secukupnya
  • Garam
  • Mixed herbs
  • Chili flakes

Cara-cara:

  1. Ambil beberapa sudu mayonis, masukkan sedikit susu cair, dan kacau hingga likat. Kemudian, tambah lagi susu cair jika perlu hingga mencapai konsistensi yang diingini.
  2. Masukkan garam dan gaulkan bersama macaroni, sosej, kentang, brokoli, bawang Holland, dan lobak merah.
  3. Gaul semua bahan hingga sebati, kemudian taburkan mixed herbs dan chili flakes.

Kredit resipi dan gambar: Hafiz MemeySedak

Baca juga: Patutlah ‘Viral’ Salad Timun Yogurt Ini, Sangat Lazat & Sesuai Untuk Diet

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN